Expired : 18.06.18

Cantik, Bijak & Berbudi, Liza Soberano Dinobat Sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia


Memiliki rupa paras yang cantik, Liza Soberano yang kini berusia 22 tahun telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia untuk tahun 2019. Pemilihan aktres Filipina ini sebagai wanita tercantik dunia dibuat oleh blog hiburan iaitu Starmometer. Undian untuk memilih wanita tercantik dunia ini telah dilakukan di laman Facebook, Twitter dan Instagram.



Liza Soberano telah dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik di dunia mengalahkan Salena Gomez dan Deepika Padukone. Berikut adalah senarai Top 10 Wanita Tercantik Dunia.



1. Liza Soberano, FILIPINA
2. Lalisa Manoban, THAILAND
3. Urassaya Sperbund, THAILAND
4. Kim Jisoo, KOREA SELATAN
5. Kim Jennie, KOREA SELATAN
6. Selena Gomez, AMERIKA SYARIKAT
7. Deepika Padukone, INDIA
8. Tzuyu, TAIWAN
9. Gal Gadot, ISRAEL
10. Lily Collins, UNITED KINGDOM



Siapakah sebenarnya Liza Soberano atau nama sebenarnya Hope Elizabeth Soberano ini. 10 Fakta tentang wanita paling cantik di dunia, 2019.



1. Gadis ini lahir di Santa Clara, California, Amerika Syarikat pada 4 Januari 1998. Memiliki kerakyatan Amerika dan Filipina. Mempunyai darah kacukan Filipina di sebelah bapanya, John Castillo Soberano dan Amerika di sebelah ibunya, Jacqulyn Elizabeth Hanley. Membesar di California sebelum berpindah ke Manila di usia 10 tahun, mengikut bapanya yang sudah berpisah dengan ibunya.



2. Liza Soberano memulakan kariernya sebagai model ketika berusia 12 tahun. Ketika itu Liza telah ditawarkan untuk menjadi model iklan percetakan. Sejak itu, Liza mula mendapat tawaran berlakon walaupun tidak begitu fasih berbahasa Tagalog.


3. Wajahnya mula muncul di layar kaca membintangi drama berseiri yang berjudul Mac pada tahun 2011. Karier Liza meningkat naik setelah membintangi drama berjudul Forevermore pada tahun 2014.



4. Di Filipina, Liza Soberano juga telah mendapat jolokan wanita paling cantik dan sering menjadi pilihan produser drama dan filem serta produk kecantikan melantiknya sebagai duta mereka.


5. Tidak bergantung kepada rupa paras semata-mata, Liza pernah meraih penghargaan Most Influential Film Actress dan Push Female Movie Performance of the Year.



6. Mempunyai ketinggian 1.69 meter dan berat 51 kilogram, Liza juga aktif dalam misi kemanusiaan dan sering menyokong kempen kesedaran kesihatan mental.


7. Gadis cantik ini juga bergelar seorang penyanyi apabila melancarkan album runut bunyi bertajuk Choose Amore, Choose Love berduet bersama kekasih hati Enrique Gil.



8. Hobi di masa lapang, Liza gemar menonton filem, membaca buku, mengambil video dan main monopoli.


9. Liza Soberano tamat persekolahan di sekolah tinggi St. Patrick’s School of Quezon City pada tahun 2015. Liza merupakan seorang pelajar yang aktif di sekolahnya.



10. Liza bercita-cita mahu menjadi peguam dan mempunyai mata berwarna coklat. Wanita yang menjadi inspirasi kepada gadis tercantik di dunia ini ialah Kendall Jenner.


Foto: Facebook Liza Soberano Official