Expired : 18.06.18

Cara Buat Lemang Moden 2020 Hanya Guna Air Fryer, Pulut Tetap Lembut & Lemak!




Nampaknya kali ini ramai dalam kalangan kita yang tidak dapat pulang ke kampung sempena menyambut Syawal. Tiada sesi membakar lemang di halaman kampung bersama sanak-saudara. Tetapi, selari dengan kehidupan moden 2020 ramai juga dalam kalangan kita yang telah mencuba pelbagai kaedah untuk memastikan juadah lemang tetap ada ketika Hari Raya. Kali ini, anda mungkin boleh cuba buat lemang menggunakan air fryer sahaja tanpa perlu bakar di luar rumah. Lebih mudah dan tiada asap ‘mengganggu jiran’ anda masih boleh rasa suasana raya walaupun hanya di rumah sendiri.



LEMANG AIR FRYER


1. Siang-siang kena potong buluh berpeluh husband kata…air fryer saya 2.4liter muat untuk 10 batang buluh saiz sederhana. Tinggi dia 4 1/2 inci tanpa guna basket.. jadi ukur 1/2inci untuk tapak 4inci untuk bahagian atas…nak bersihkan buluh pakai kain bersih je lap kan.







2. Pulut tu saya guna 1/2kg rendam 6 jam dengan air biasa.. lepas basuh bersih tos kan then bole mula bancuh santan dia..santan pekat guna sebiji kelapa kemudian tambah 1 liter air.. buh garam n ajinamoto sesiap.. Ayah saya cakap rasa santan tu mesti mcm air laut baru masuk pulut.. rendamkan 1jam lagi.

















3. Dah cukup 1jam bole masukkan pulut 3/4 ke dalam buluh (jangan lupa hentakkan bagi mampat sikit).. Selebihnya masukkan santan sampai penuh..tengah tu saya letakkan mangkuk supaya buluh x jatuh sbb x guna basket kan.



4. Ni first batch masa masak..saya guna suhu 150′ 25 minit.. nak cek masak ke tidak saya guna ‘cake tester’..ada rasa berderap masa cucuk maksudnya tak full masak tengah dia jadi saya tambah lagi 10min.. Alhamdulillah cun je masak pulut tu.



5. Alhamdulillah… pulut masak cun dan berminyak, x melekat senang je keluarkan dari buluh.. jadi buluh bole repeat guna lagi.. yang penting balut dengan kain basah bagi tahan lama hayat buluh tu..



6. Pulut lembut, lemak dan cukup rasa.. gu pulak dengan rendang ayam resepi Dato Rizalman.. uisyyy.. Terima kasih ayah, sampai jadi lemang anak ayah buat.. tapi kalau dapat balik raya boleh lah buat untuk ayah rasa lemang bakar versi moden ni.




Sumber: Nor Nisrin
















Recommended for you