Expired : 18.06.18

Cara Goreng Ikan Keli Tak Meletup & Tak Hancur. Baru Rangup!




Siapa sini peminat ikan keli? Haa… Yang dah buka artikel dan tengah membaca tips ni mestilah minat ikan keli kan. Kalau tak, takkanlah beriya nak tahu tipsnya kot? Takpun, kena paksa masak ikan keli sebab suami atau famili suka makan ikan keli.


Apa pun alasannya tak kisahlah. Tapi siapa yang pernah cuba goreng ikan keli ni mesti tahu macam mana ‘berperang’ keadaannya nanti. Meletup sana, meletup sini… Fuh, satu hal pulak nak bersilat kat dapur.






Kadang tu pulak bila goreng dia jadi lembik, ada yang hancur, lunyai semacam je. Hah… Streslah jugak kan sebab dah bersusah-payah tadi.


Jadi, apa kata kita cuba cara goreng ikan keli yang betul dengan tips oleh Zur Ain Salim ni.










Katanya lepas try tips ni, dah tak ada masalah lagi nak goreng ikan keli. Serius memang terbaik!






Tips & Cara Goreng Ikan Keli Tak Meletup, Tak Hancur. Baru Rangup!


Sejak dapat tips nak goreng ikan keli tak meletup ni, barulah berani dan semangat nak masak ikan ni. Elok je kejadiannya. Tak payah beli kat luar dah.


Mudah je tau sebenarnya.


Jom tengok cara-caranya dekat setiap gambar di bawah ni.


1. Basuh Dengan Tepung


Mula-mula basuh ikan keli tu bagi bersih. Kemudian rendamkan kejap dalam air yang dibancuh dengan sedikit tepung gandum.


Basuh bersih-bersih bagi tanggal semua lendirnya. Lendir nilah yang akan buat ikan keli tu meletup-letup dalam kuali nanti.


Ada juga yang bagi tips kata letak cuka pun boleh tanggalkan lendir. Terpulanglah nak cuba yang mana ok.



2. Salut Tepung & Kunyit


Lepas tu, kita gaulkan ikan keli dengan garam, kunyit dan tepung jagung bagi rata.


Tepung jagung ni fungsinya nak elakkan meletup jugak selain nak jadikan ikan goreng tu lebih rangup.



3. Goreng Halia Dulu Sebelum Masukkan Ikan


Bila dah selesai tadi, panaskan kuali dan bubuh minyak untuk menggoreng.


Lepas tu, masukkan 2-3 potong halia. Halia ni tak payah buang kulit. Fungsinya nak elakkan ikan melekat dekat dasar kuali.


Lepas tu biar kejap baru masukkan ikan keli tadi. Goreng je sekali dengan ikan. Tak payah keluarkan halia tu.


Orang kata kalau tak ada halia, boleh ganti dengan asam keping atau bawang putih.



4. Angkat & Toskan


Bila dah perang warna gorengan tadi, bolehlah angkat dan toskan minyak lebihannya.


Siap. Elok kan kejadiannya?



Resepi Ikan Keli Goreng Berlada


Siap goreng tu nanti, terpulanglah nak makan macam tu aja atau nak buat sambal.


Dah alang-alang ni, saya kongsikan sekalilah resepi ikan keli goreng berlado yang simple dan confirm buat peminat ikan keli makan nasi bertambah.


Bahan-bahan


  • Halia*

  • Kunyit*

  • Serai*

  • Bawang Merah*

  • Bawang Putih*

  • Lada Besar*

  • Lada Kecil*

  • Gula

  • Garam

*Tumbuk atau blender kering


Cara-cara


  1. Panaskan minyak

  2. Tumis bahan blender / tumbuk

  3. Perasakan dengan garam dan gula

  4. Gaul sampai agak kering / pecah minyak

  5. Masukkan ikan goreng tadi

  6. Gaul rata dan tutup api

  7. Siap dihidang


Mudah Je Sebenarnya Kan?


Dah tahu tips goreng ikan keli ni bolehlah masak selalu kat rumah nanti.


Barulah tak payah nak ‘berperang’ kat dapur lagi. Puas hati dapat masak sendiri kan?


Selamat mencuba.


Silalah share terutamanya pada peminat ikan keli!


*Tips dan cara goreng ikan keli ini dikongsikan oleh Zur Ain Salim. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.









Related Items:




Norlida Ishak Shop