Expired : 18.06.18

Cara Sujud Sajdah Ketika Di Dalam & Di Luar Solat. Solat Subuh Hari Jumaat Selalu Buat




Bagi yang biasa ke masjid atau surau untuk solat subuh berjemaah pada pagi Jumaat, anda tentu perasan yang imam akan membaca surah as-Sajdah pada rakaat pertama dan surah al-Insan pada rakaat kedua. Amalan ini adalah berdasarkan sunnah Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Jumu’ah, hadis no 891.


Di kebanyakan masjid, imam akan bersujud selepas selesai membaca ayat ke-15 dalam surah as-Sajdah. Sujud inilah yang dinamakan sujud sajadah atau sujud tilawah. Ia dilakukan setelah selesai membaca ayat sajadah, iaitu ayat yang mempunyai ‘tanda sujud’ atau sajadah pada wakafnya, seperti ayat ke-15 di bawah ini.






Petikan surah as-Sajdah, ayat 15-17



Berikut adalah beberapa perkara tentang sujud sajdah dan cara melakukan sujud sajdah ketika solat ataupun ketika di luar solat.











Hukum Sujud Sajdah


Sujud sajdah atau sujud tilawah merupakan sujud yang dilakukan dengan sebab membaca al-Quran atau mendengarnya. Hukum sujud sajdah ini adalah sunat muakkad.







Sabda Rasulullah SAW:



Bilakah Kita Disunatkan Untuk Sujud Sajdah?


Ayat sajdah ini bukanlah hanya ada dalam surah as-Sajdah, tetapi ia turut terdapat dalam beberapa tempat lain di dalam al-Quran.  Terdapat 14 ayat sajadah yang boleh ditemukan dalam al-Quran di mana seseorang digalakkan untuk bersujud apabila membaca atau mendengarnya.


Berikut adalah senarainya 14 ayat sajdah tersebut:


  • Surah al-A’raf: ayat 206

  • Surah al-Ra’d: ayat 15

  • Surah al-Nahl: ayat 49-50

  • Surah al-Isra’: ayat 107-109

  • Surah Maryam: ayat 58

  • Surah al-Hajj: ayat 18

  • Surah al-Hajj: ayat 77

  • Surah al-Furqan: ayat 60

  • Surah al-Naml: ayat 25-26

  • Surah al-Sajdah: ayat 15

  • Surah Fushshilat: ayat 37-38

  • Surah al-Najm: ayat 62

  • Surah al-Insyiqaq: ayat 21

  • Surah al-‘Alaq: ayat 19

Nota: Ayat 24 Surah Shad tidak dibolehkan melakukan sujud sajdah kerana ia dikira sebagai sujud syukur pada mazhab Syafie.



Syarat Sujud Sajdah


Sujud tilawah dilakukan setelah selesai membaca ayat sajadah dengan syarat-syarat berikut;


  • Suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat sujud.

  • Menutup aurat.

  • Menghadap qiblat.

Cara Sujud Sajdah


Sujud sajdah ini boleh dilakukan sama ada ketika dalam solat mahupun di luar solat.


i) Cara Sujud Sajdah Ketika Dalam Solat : Sunat takbir ketika hendak turun dan naik dari sujud tanpa mengangkat kedua tangan serta tiada duduk.


Maksudnya Imam akan baca al-fatihah, surah as-Sajdah, kemudian terus sujud setelah selesai ayat ke-15. Kemudian bangun, sambung baca surah, kemudian ruku’ dan seterusnya seperti biasa.


#Peringatan


Apabila imam sujud, maka wajib makmum sujud bersamanya. Jika makmum tidak sujud, maka batal solatnya kerana dia menyelisihi imam.


Jika imam tidak sujud, maka makmum juga tidak boleh sujud. Jika dia menyelisihi imam dengan sujud, maka terbatal solatnya.


ii) Cara Sujud Sajdah Ketika Di Luar Solat : Niat, takbir (seperti takbiratul ihram) serta mengangkat kedua tangan kemudian takbir lalu sujud kemudian takbir lalu duduk untuk memberi salam.


Bacaan ketika sujud adalah seperti berikut:



*Sebagai tambahan, Imam al-Qalyubi mengatakan bahawa jika seseorang itu tidak dapat melakukan sujud kerana sebab-sebab tertentu seperti tiada berwudhu’, tidak menutup aurat, berada dalam kenderaan dan sebagainya maka sunat digantikan dengan tasbih berikut:



Semoga Kita Dapat Mengamalkannya Bersama!


Dengan perkongsian ini, diharapkan kita lebih faham tentang sujud sajdah atau sujud tilawah. Taklah panik bila tiba-tiba Imam bersujud dalam solat Subuh nanti, hingga dianggap menjadi 3 rakaat.


Mudah-mudahan pengetahuan ini juga dapat menjadi panduan bagi kita dalam menghidupkan sunnah dengan melakukan sujud sajadah atau sujud tilawah apabila berjumpa dengan ayat-ayat sajdah ketika membaca al-Quran.


*Sumber rujukan : Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI)














Related Items:




Norlida Ishak Shop