Expired : 18.06.18

Casio G-Shock MUDMASTER GG-B100BA-1A Kini Di Malaysia Pada Harga RM1999

Bukan rahsia jam tangan Casio G-Shock digunakan oleh anggota tentera pasukan khas di seluruh dunia sejak berdekad lamanya kerana ia amat tahan lasak berbanding jam tangan biasa. Maka tidak mengejutkan pula apabila Casio bekerjasama dengan kementerian pertahanan United Kingdom untuk menghasilkan Casio G-Shock MUDMASTER GG-B100BA-1A.


Jam tangan ini hadir dengan kemampuan kalis air sehingga 20 bar, tahan hentakan dan juga kalis lumpur. Butang-butang besar yang digunakan masih lagi boleh berfungsi walaupun jam disalut lumpur. Kerangka jam tangan diperbuat daripada besi tahan karat dan bahan resin. Terdapat rekaan seakan gentian karbon manakala tali jam pula menggunakan corak celoreng Multi Terrain Pattern yang diggunakan tentera darat UK.


Terdapat sensor altimeter, barometer, termometer, kompas digital terbina dan penjejak langkah. Menerusi aplikasi Smart Connect, pemakai Casio G-Shock MUDMASTER GG-B100BA-1A boleh menyimpan data terus ke peranti pintar menerusi tambahan bluetooth. Di Malaysia jam tangan ini boleh dibeli pada harga RM1999 seutas.