Expired : 18.06.18

Cermin Gelap Sukarkan Usaha Menyelamatkan Mangsa? Ini Penjelasannya






Atas




Cermin Gelap Sukarkan Usaha Menyelamatkan Mangsa? Ini Penjelasannya
Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan tiada lagi had penetapan untuk cermin belakang kereta dan penumpang.
 
Rata-rata pengguna menyambut baik dengan perlaksanaan itu.
 
Walau bagaimanapun, peraturan terbaharu itu dilihat tidak mendapat persetujuan pelbagai pihak termasuklah pihak polis.
 
Menerusi laporan Astro Awani, penganalisis jenayah dan keselamatan, Kamal Affendi Hashim menjelaskan penggunaan cermin gelap akan menyukarkan pihak penyelamat untuk menyelamatkan mangsa yang terbabit kemalangan.
 
Kamal Affendi berkata, penggunaan cermin gelap akan menyebabkan cermin kereta menjadi lebih tebal sekaligus menyukarkan cermin tersebut dipecahkan ketika berlakunya kemalangan.
 
"Penggunaan cermin gelap tidak harus dikaitkan dengan punca jenayah kerana kebanyakkan penjenayah menggunakan motosikal.
 
"Setiap peraturan baru yang ingin digubal perlulah dibincang terlebih dahulu bersama-sama pihak berkepentingan supaya ianya lebih holistik," katanya.
 




Artikel Berkaitan





TERKINI



POPULAR


gspot_ads





Norlida Ishak Shop