Expired : 18.06.18

Che Ta Tetap Bergaya Walaupun Ke Stadium, Pakai Kasut Tumit Tinggi Dan Beg Tangan Berjenama

Hadir untuk memberikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya dimana adik iparnya Zaquan Adha turut beraksi pada perlawanan Malaysia menentang Thailand bagi piala AFF Suzuki baru-baru ini, gaya pelakon Rozita Che Wan ke stadium mendapat perhatian ramai.



Biasanya kalau ke stadium pasti ramai yang akan memakai jersi, tetapi Che Ta tetap bergaya sakan lengkap dengan persalinan kuning hitam, kasut boot bertumit tinggi, beg tangan berjenama dan tentu sekali bulu mata palsu yang sememangnya menjadi ‘trademark’ beliau.








Che Ta memang seorang yang berani dalam bergaya tidak kira dimana sahaja beliau berada. Selalunya penampilan beliau sangat unik dan sentiasa menjadi ikon inspirasi fesyen buat wanita-wanita diluar sana.


Norlida Ishak Shop