Expired : 18.06.18

Chong Wei pula nafi air suam mampu ‘bunuh’ Covid-19

Datuk Lee Chong Wei menggesa orang ramai memberi kerjasama untuk membanteras penularan Covid-19. — Foto oleh Bernama
Datuk Lee Chong Wei menggesa orang ramai memberi kerjasama untuk membanteras penularan Covid-19. — Foto oleh Bernama

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Debat air suam mampu membunuh virus Covid-19 belum berakhir selepas terbaru jaguh badminton negara menafikan dakwaan itu.

Datuk Lee Chong Wei menerusi kiriman di Instagram mendakwa air suam baik diminum untuk kesihatan.


“Air suam mungkin baik untuk kesihatan tetapi tidak membantu melawan virus,” coretnya di Instagram ini.


Kenyataan Lee dilihat sebagai respons kepada menteri kesihatan yang mendakwa virus “tidak suka panas” dan ia boleh dinyah dari kerongkong apabila memasuki perut berasid.


Meneruskan pesanannya, Lee menggesa orang ramai memberi kerjasama untuk membanteras penularan Covid-19.


“Virus boleh dilawan. Tetapi kita perlu bekerjasama. Doktor dan jururawat menyelamatkan nyawa.


“Polis dan tentera memastikan sistem terkawal. Kamu dan saya akan memastikan rantaian virus diputuskan dengan duduk di rumah,” katanya.