Expired : 18.06.18

City terus kejar Liverpool

RAHEEM Sterling meledak dua gol ketika juara bertahan Manchester City menewaskan Crystal Palace 3-1 di Selhurst Park malam tadi untuk berada dua mata di belakang pendahulu Liverpool.


Liverpool menewaskan Chelsea 2-0 di Anfield untuk mengumpul 85 mata dengan baki empat perlawanan tetapi City mengumpul 85 mata dengan tambahan satu perlawanan.


Kemenangan ini adalah yang kesembilan berturut-turut biat City dalam Liga Perdana Inggeris dan Pep Guardiola berkata mereka perlu melebarkan kemenangan kepada 14 perlawanan untuk mempertahankan gelaran.


“Kami menjangkakan Liverpool menjuarai semua baki perlawanan tetapi Liga Perdana berada di tangan kita dan kami perlu menang semua perlawanan, itulah yang kami perlu lakukan jika mahu menjulang gelaran berturut-turut,” katanya.


Gagal memanfaatkan peluang awal, Sterling meletakkan City di depan pada minit ke-15 apabila meluru mendapatkan hantaran Kevin de Bruyne dari belakang dan rembatannya berjaya melepasi penjaga gol Vicente Guaita.


Bintang England itu menambah gol kedua untuk jaringan liga ke-17 musim ini selepas separuh masa kedua, apabila menyambut hantaran Leroy Sane dengan penyudah sempurna yang gagal diselamatkan Guiata.


Palace memastikan penamat cemerlang apabila Luka Milivojevic meledak gol hasil sepakan percuma apabila pemain tengah James McArthur dijatuhkan di kawasan penalti.


City bagaimanapun memastikan kemenangan ketiga apabila De Bruyne latched merebut hantaran kurang kemas daripada Aaron Wan-Bissaka sebelum memberikannya kepada Gabriel Jesus menyempurnakan jaringan.


Norlida Ishak Shop