Expired : 18.06.18

City tetap buru 3 mata

LONDON: Manchester City tidak akan memperlahankan semangat menyerang mereka walaupun berdepan perlawanan sukar menjelang musim perayaan Krismas, kata pengurus pasukan, Pep Guardiola sebelum pertemuan dengan Bournemouth pada saingan Liga Perdana.


City yang muncul juara liga musim lalu dengan melakar rekod baru jaringan gol serta jumlah pungutan mata, sekali lagi mempamer aksi cemerlang setakat ini apabila memimpin saingan liga dengan mengumpul 35 mata selepas 13 perlawanan tanpa rekod kekalahan.


Rekod tanpa kalah City selama 18 perlawanan hanya lebur pada Disember tahun lalu ketika pasukannya seri tanpa jaringan ketika bertemu Crystal Palace.



Dengan rentetan perlawanan akan dilalui bermula dengan kunjungan ke Bournemouth, Guardiola menegaskan pasukannya tidak akan mengubah pendekatan mereka untuk terus melakar keputusan positif.


"Apabila kami gagal untuk mencatat kemenangan, orang akan berkata kami tidak dapat mengekalkan prestasi. Tapi kami mampu mempertahankan prestasi cemerlang sejak 15 bulan lalu dan saya mahu kami teruskan prestasi ini," katanya.


Mengulas mengenai Bournemouth yang bakal ditemui kelak, Guardiola berkata: "Mereka sangat bagus dalam aspek serangan selain mempunyai strategi yang tersusun. Ia pasti perlawanan yang sukar." - Reuters


Norlida Ishak Shop