Expired : 18.06.18

Coca-Cola Apple Diperkenalkan Khas Buat Pasaran Jepun

Bagi mereka yang selalu ke Jepun, pasti anda kagum dengan kemajuan teknologi serta pemikiran kelas pertama mereka. Mereka sentiasa satu langkah di hadapan dalam memperkenalkan produk-produk baru dan unik.


Terbaharu, Jepun bakal mengeluarkan perisa Coca-Cola Epal. Jika anda lihat corak botol tersebut, rekaannya sangat unik dan cantik. Ia berkilauan dengan kelopak sakura merah jambu pada musim bunga dan bergemerlapan dengan warna-warna tumbuhan dedaun pada musim luruh.





Bukan itu sahaja, perisa epal dikatakan mencipta ‘rasa mewah, kaya’ yang sempurna. Coca-Cola Epal merupakan yang pertama di dunia dan akan dijual sepanjang musim luruh dan pada musim sejuk juga. Malah, ia juga ditetapkan untuk diletakkan di barisan hadapan rak-rak di pasar raya supaya lebih menonjol.


Untuk pengetahuan anda, warna-warna seperti merah, putih, atau emas yang terdapat pada botol Coke tersebut sebenarnya diilhamkan untuk cuti perayaan seperti Krismas dan Tahun Baru.


EDwT7IXU4AMq72A


Memandangkan Coca-Cola Peach telah dilancarkan pada musim panas tahun 2018 dan 2019, perisa baru ini pula kelihatan bakal mendapat tempat di hati pembeli nanti.


Bagi anda yang tidak sabar untuk merasai minuman terbaharu daripada Coca-Cola ini, ia akan tersedia di seluruh negara mulai 16 September pada harga 140 yen (~RM 5.47).


Perisa terbaharu daripada Coca-Cola ini pasti menjanjikan kelainan buat peminat-peminatnya di seluruh dunia. Klik pautan di bawah untuk lebih banyak artikel makanan yang dilancarkan pada September ini.



KFC China Perkenal Menu ‘Unik’ Gandingan Nuget Dengan Durian





FamilyMart Perkenalkan Aiskrim Perisa ‘Belgian Dark Chocolate’ Edisi Terhad





‘Zinger Double Down’ Kembali Ke KFC Malaysia Minggu Hadapan




Norlida Ishak Shop