Expired : 18.06.18

Confirm Anak Suka! Jom Buat Chicken Nugget Stick Yang Lebih Sihat, Mudah & Sedap




Anak-anak kita memang suka makan nugget kan?


Nampaknya ramai dah cuba resepi homemade nugget sebagai alternatif yang sihat untuk anak, tanpa MSG, pengawet, dan kurang garam.






Sesekali apa kata buat kelainan dan cuba resepi chicken nugget stick yang diolah oleh Puan Nurul Natasya Abidin ini. Nampak sedap sangat kan?


Memang menarik dan sesuai untuk parti kanak-kanak.










Resepi Nugget Ayam Stick Untuk Anak. Sihat & Sedap!


Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan.






Bahan-bahan


  • Ayam bahagian dada – blend

  • Daun sup – cincang halus

  • Carrot – cincang halus

  • Tepung ubi – 2 sudu

  • Tepung gandum – 5 sudu

  • Garam secukup rasa

  • Lada sulah

Cara-cara


1. Rebus / Kukus


Mula-mula, rebuskan atau kukus semua bahan.


Kalau nak senang melekat pada batang aiskrim / chopstick / lidi, rebus bulat dulu kemudian baru cucuk.



2. Bekukan


Seterusnya bila dah elok dibentuk, bolehlah bekukan dalam freezer.


Tujuan kita bekukan ni supaya testurnya lebih cantik, tak berderai dan kurang serap minyak bila digoreng.



3. Goreng


Bila dah agak beku dalam freezer, bolehlah goreng dengan minyak panas macam kita goreng nugget biasa.


Masa nak goreng, gaul dengan telur dan salut dengan tepung untuk bagi rangup.


Saya gunakan 5 sudu tepung gandum + 3 sudu tepung jagung.



Dah Siap!


Bila dah goreng, macam nilah hasilnya…


Menarik kan? Budak-budak mesti suka sebab senang pegang.


Macam bebola yang biasa orang jual di gerai-gerai makan. Tapi, kalau buat sendiri ni tentulah lebih sihat dan diyakini kebersihannya. Jimat pun jimat.


Yang penting, lagi sedap sebab guna bahan segar. Insha Allah anak-anak suka.


Jadi, apa tunggu lagi. Bahan semua senang je nak dapat.


Selamat mencuba!


*Resepi nugget ayam stick ini disumbangkan oleh Puan Nurul Natasya Abidin menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh follow post asal beliau di SINI.









Related Items:




Norlida Ishak Shop