v Coronavirus: Angka korban di China meningkat 717 orang
Expired : 18.06.18

Coronavirus: Angka korban di China meningkat 717 orang

BEIJING, 14 Jamadilakhir 1441H, Sabtu – Jumlah kematian akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 717 pada hari ini, melebihi angka kematian akibat wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pernah melanda negara tanah besar itu dan Hong Kong hampir dua dekad yang lalu.

Suruhanjaya kesihatan serantau berkata, lagi 81 orang meninggal dunia akibat virus itu di wilayah Hubei tengah, di mana penyakit berkenaan muncul pada bulan Disember lalu.

Sementara itu, terdapat lebih 2,841 kes baharu dikesan di Hubei, menjadikan jumlah kes di wilayah itu kepada 24,953 orang, dan lebih daripada 34,000 jangkitan di seluruh negara.

Virus itu juga telah membunuh dua orang di luar China setakat ini iaitu masing-masing di Hong Kong dan Filipina, manakala sekurang-kurangnya 25 negara telah mengesahkan kewujudan kes tersebut.

Coronavirus telah menyebabkan beberapa kerajaan mengharamkan ketibaan pelancong dari China, dan mendesak rakyat mereka supaya mengelakkan perjalanan ke negara itu.  

Ada juga yang mengesyorkan rakyatnya supaya meninggalkan China.

Selain itu, sebilangan syarikat penerbangan utama telah menggantung penerbangan dua hala di antara China. – Agensi

The post Coronavirus: Angka korban di China meningkat 717 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.