Expired : 18.06.18

COVID-19 Belum Lesap, Shima Anuar Kesal Lihat Ibu Bapa Bawa Anak Keluar Berjalan

Melihat ramai ibu bapa yang keluar ke pusat beli belah membawa anak kecil, pelakon Shima Anuar luah rasa kesal.


shima anuar


Menurut Shima, perkara itu dilihatnya ketika keluar menguruskan urusan harian secara sendiri di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka.









Berita tersebut dikongsi Shima menerusi ruangan di “Instagram Story”.


shima anuar covid19


“Tapi tadi ada banyak keluarga keluar ramai-ramai siap bawa kanak-kanak lagi, seronok ya?”


Tambah Shima, beliau seakan mempersoalkan mengapa perkara sebegini boleh terjadi sedangkan rakyat dinasihatkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda sehingga kini.


“COVID-19 tu dah lesap dari dunia eh? ke ada yang pakai ubat kebal? kalau ada kongsi sikit mana beli.”


Bagaimanapun Shima seolah menyindir tindakan individu tidak bertanggungjawab tersebut malah menganggap sindirian itu mampu memberi pengajaran buat semua yang kurang peka terhadap keadaan sekeliling.


Untuk rekod, jumlah kes keseluruhan COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,819 kes dilaporkan sehingga semalam, malah 23 kes sembuh dan telah discaj direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,353 bersamaan (81.25%) kes setakat ini.


Sumber: Gempak