Expired : 18.06.18

COVID-19: Kerajaan Kelantan bantu asnaf, fakir miskin

BANGI, 28 Rejab 1441H, Isnin – Kerajaan negeri Kelantan akan memberikan insentif khas berjumlah RM675,000 kepada golongan asnaf dan fakir miskin di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).


Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, seramai 50 orang penerima bagi setiap DUN yang diperakui akan disumbangkan dengan bekalan makanan asas berjumlah RM100 iaitu Peruntukan Majlis Agama Islam Kelantan dan wang tunai RM200 dari kerajaan negeri.


Beliau berkata, sumbangan itu diberikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan wabak COVID-19, yang berkuat kuasa sehingga 31 Mac ini.


“Kerajaan negeri terus dari semasa ke semasa akan sentiasa memantau keadaan rakyat dalam suasana yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Setakat tengah hari semalam, Kelantan merekodkan 63 kes positif COVID-19, pertambahan kepada dua kes berbanding 61 kes pada hari sebelumnya.


The post COVID-19: Kerajaan Kelantan bantu asnaf, fakir miskin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.