Expired : 18.06.18

COVID-19 : PAS Silam Komited Beri Bantuan Kepada Petugas.

Oleh: Yusrizal Baco

23 Mac 2020


LAHAD DATU : PAS Silam hari ini sekali lagi menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan COVID-19 yang terdiri daripada petugas kesihatan pada pukul pagi tadi di Lobi Utama Hospital Lahad Datu.


Sumbangan yang dikumpul daripada orang ramai kali ini berupa 38 naskah Al-Quran dan terjemahan, 32 helai tuala mandi, tasbih serta tuala muka diserahkan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Silam, Nizam Latuah.


“Dalam kita bersama untuk mencegah penularan wabak ini, munajat dan doa kepada Allah perlu sentiasa dilakukan dengan harapan kita sentiasa dilindungi daripada apa jua musibah serta perkara – perkara yang buruk.” Jelas Nizam


Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dan berharap agar terus beri bantuan dan sokongan kepada barisan hadapan kita agar mereka terus kuat dalam menghadapi wabak yang kian membimbangkan ini.


Tambahnya lagi, Nizam juga menyeru agar rakyat menyahut seruan kerajaan dan tinggal di dalam rumah dan tidak keluar rumah jika tiada urusan penting.


Beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Kawasan Silam turut hadir dalam serahan sumbangan pagi tadi.


The post COVID-19 : PAS Silam Komited Beri Bantuan Kepada Petugas. appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).