Expired : 18.06.18

COVID-19: Senarai berita palsu hari ini


KUALA LUMPUR, 1 Syaaban 1441H, Khamis – Berikut senarai penafian berita tular di sosial media oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.






  1. Kementerian Kesihatan nafi mengeluarkan sebarang Standard Operasi Prosedur pembelian barangan keperluan harian sepanjang musim COVID-19.

  2. Hospital Kluang nafi fasiliti hospital lama digunakan bagi menempatkan pesakit-pesakit bukan COVID-19 dari Hospital Kluang yang baharu.

  3. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor nafi keadaan wabak COVID-19 di Kuala Selangor semakin parah seperti didakwa satu kenyataan yang dikeluarkan di Mukim Tanjong Karang. -Bernama





The post COVID-19: Senarai berita palsu hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.