v Cuba Berdiri Atas Motor, Baby Shima Cedera Teruk Di Tangan Ketika Jalani Penggambaran
Expired : 18.06.18

Cuba Berdiri Atas Motor, Baby Shima Cedera Teruk Di Tangan Ketika Jalani Penggambaran

Penyanyi Baby Shima ketika ditemu Astro Gempak,  dilaporkan telah mengalami kecederaan agak serius ketika menjalani sebuah penggambaran di Puncak Alam, Selangor.

Menurut Shima, dia telah terjatuh daripada atas motosikal yang diboncengnya kerana gagal mengawal diri ketika berdiri di atas kenderaan itu.

Dia yang cuba untuk berdiri di atas motor tersebut gagal mengimbangi badan ketika pemandu motosikal itu menekan brek dan menyebabkan dirinya terus terjatuh.

Advertisement
View this post on Instagram

Mintak maaf tak dapat nak habiskan shooting harini, ini semua diatas kecuaian Shima juga.. ???? Doakan Shima pulih?

A post shared by BABY SHIMA DAA3 BIGSTAGE (@babyshimaofficial) on

“Saya cuba-cuba berdiri di atas motor untuk satu babak aksi ini. Kemudian apabila motosikal itu menekan brek, saya terjatuh. Disebabkan saya cuba menahan dengan tapak tangan terlebih dahulu, itu yang bahagian tangan kiri saya cedera.”

View this post on Instagram

Boleh shima minta nombor phone? bukan apa saja nak save.. mana tau sahur nanti boleh kejut kan? selamat berbuka puasa.. #babyshima #byma #adanampkmummyhappy

Advertisement

A post shared by BABY SHIMA DAA3 BIGSTAGE (@babyshimaofficial) on

 Berkongsi foto kecederaan di laman instagram, Shima telah pun mendapatkan rawatan lanjut di klinik berdekatan sejurus selepas terlibat dalam kemalangan tersebut.

Dia turut memohon maaf di atas kecuaian  menerusi ruangan kapsyen entri tersebut dan turut membuat insta stories ditujukan khas kepada krew produksi kerana terpaksa menangguhkan penggambaran program tv tersebut buat sementara waktu.