Expired : 18.06.18

Cucu lelaki Kuan Yew kahwini pasangan sejenis di Afrika Selatan

LI Huanwu, cucu lelaki kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, dilaporkan telah berkahwin dengan pasangan sejenis, Heng Yirui di Afrika Selatan pada Jumaat lalu.


Huanwu, 31, adalah anak saudara Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, dan anak kedua Kuan Yew , Hsien Yang.


Huanwu adalah naib presiden sebuah syarikat teknologi maklumat.


Heng, 27, seorang doktor haiwan, membuat pengumuman itu dalam catatan di akaun Instagram peribadinya semalam.


“Hari ini saya berkahwin dengan pasangan jiwa saya. Melihat ke hadapan seumur hidup seperti ini dengan (Huanwu), “tulisnya dari Cape Town, Afrika Selatan.


LI Huanwu (kanan) bersama pasangan sejenisnya, Heng Yirui ketika bercuti di Afrika Selatan.

Huanwu juga memaparkan gambar-gambar di akaun Facebooknya dengan tajuk “Safari sebelum hari besar kami” ketika mengunjungi Mana Pools National Park, kawasan pemuliharaan hidupan liar di utara Zimbabwe.


Berita tentang perkahwinan mereka juga dilaporkan di beberapa laman berita alternatif Singapura.


Julai lalu, gambar-gambar Huanwu dan Heng dipaparkan dalam pameran dengan tema LGBT (lesbian, gay, biseksual, transeksual) yang dipanggil Out In Singapore.


Perkahwinan sejenis dibenarkan oleh undang-undang Afrika Selatan.


Minggu lepas, Taiwan menjadi negara Asia pertama yang menghalalkan perkahwinan sejenis.


The post Cucu lelaki Kuan Yew kahwini pasangan sejenis di Afrika Selatan appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop