Expired : 18.06.18

Cucu Mandela masuk Islam, cetus kebimbangan pemimpin tradisional

CUCU bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, mencetuskan kontroversi dengan memeluk Islam – tindakan yang menyebabkan pemimpin tradisional negara itu mula menyuarakan keresahan mereka berhubung perkara berkenaan.


Mandla Mandela, 42, merupakan memegang jawatan Ketua Mvezo bagi suku kaum AbaThembu, kedudukan yang diwarisi daripada datuknya.


Dia dipercayai memeluk Islam untuk mengahwini seorang wanita Islam, Rabia Clarke, iaitu perkahwinan keempatnya, lapor Agensi.


Kebimbangan tercetus kerana jawatan berkenaan bertentangan mengkehendaki Mandla melakukan banyak perkara yang secara umum terkeluar daripada kepercayaan Islam.


Ia termasuk mengetuai upacara menjamu haiwan dikorbankan kepada kepada roh keturunan.


Ketua jurucakap bagi Kongres Pemimpin Tradisional Afrika Selatan (Contralesa), Mwelo Nonkonyane, menggambarkan alasan di sebalik keadaan itu.


“Tidak salah sebenarnya dengan pemimpin tradisi menganut agama pilihannya, tetapi kami bimbang sama ada beliau mampu meneruskan tanggungjawab sebagai ketua,” katanya.


Dia menambah, perkahwinan Mandla dengan Rabia juga tidak mengikut adat negara itu.


“Menurut tradisi Afrika, wanita berkenaan mesti menjadi sebahagian anggota keluarga lelaki yang dikahwininya.


“Apabila Rabia menerima lamaran Mandla, dia perlu mengikut cara puak suaminya,” kata Nonkonyane.


Pada majlis perkahwinannya, Mandla kelihatan tidak terjejas dengan kritikan dan tegas dengan keputusan mengahwini Rabia.


“Walaupun saya dan Rabia dibesarkan dalam budaya dan agama berbeza, perkahwinan ini membayangkan persamaan kami: Kami rakyat Afrika Selatan,” katanya.


The post Cucu Mandela masuk Islam, cetus kebimbangan pemimpin tradisional appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop