Expired : 18.06.18

Cucu Tun M, Ally Mukhriz selamat mendirikan rumahtangga

Meera Alyanna Mukhriz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Ezran Daud Cheah pada semalam. — Foto ihsan Instagram/Ally Mukhriz
Meera Alyanna Mukhriz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Ezran Daud Cheah pada semalam. — Foto ihsan Instagram/Ally Mukhriz

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Anak kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu Meera Alyanna Mukhriz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Ezran Daud Cheah.

Meera Alyanna mengabadikan tarikh 20 Februari bagi mengakhiri zaman bujang selepas setahun mengikat tali pertunangan.


Dengan sekali lafaz, Ezran sah bergelar suami Alyanna selepas dinikahkan sendiri oleh Mukhriz.


Majlis tertutup dihadiri ahli politik dan kenamaan di ibu negara termasuk kehadiran datuk dan nenek Alyanna sendiri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.


Dengan penuh kesyukuran, detik manis pasangan Alyanna dan Ezran turut diabadikan Mukhriz bersama ahli keluarganya dengan berpakaian serba hijau di Instagram


“Mudah-mudahan bahagia dan berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus In Shaa Allah. Mohon doakan kesejahteraan mereka berdua,” katanya.