Expired : 18.06.18

Cucuk Kolagen Sebab Nak Cantik, Pian Cecupak Dedah Kisah Ditunjukkan Neraka Ketika Koma

ALLAH…ALLAH…ALLAH…itu kalimah mulia yang keluar dari bibir Rafik Raman ketika diminta berkongsi pengalaman ngerinya dalam keadaan koma.
Rafik atau lebih dikenali sebagai Pian Cecupak pernah koma sebanyak dua kali selepas menjalani pembedahan membuang kolagen daripada tubuhnya serta menjalani rawatan mengeluarkan 32 susuk emas dan berlian yang dipakai.

“ Betapa dahsyatnya kesan kesakitan menjalani pembedahan plastik dengan lebih 200 suntikan kolagen di tubuh. Saya mengalami kegagalan fungsi organ seperti paru-paru, usus, buah pinggang dan jantung,” katanya ketika berkunjung ke Kuantan, baru-baru ini.
Ketika itu juga, artis berusia 49 tahun ini berkata, ditunjukkan hukuman dosa lalu, sehingga dimasukkan ke dalam neraka.
” ALLAH juga perlihatkan syurga yang indah tak terkata dan neraka yang mengerikan,” katanya yang terpaksa menanggung penderitaan sejak lebih tujuh tahun lalu.
Belum sempat meneruskan kata-kata air matanya bergenang dan dia memalingkan muka lalu mengesatnya dan menarik nafas panjang untuk terus berkongsi kisahnya.
“ Saya kalau boleh tidak mahu lagi membuka cerita ini. Ia sangat memalukan dan meruntun jiwa saya yang menderita. Tapi jika ia demi iktibar dan pengajaran masyarakat, saya izinkan kisah saya ditulis dan dikongsi kepada semua.
“ Biarlah apa dunia akan kata. Biarlah mereka berterusan mencemuh. Benda sudah jadi, dan saya tidak mahu ada yang mengulangi kesilapan yang sama,” katanya.
Berada dalam koma, Pian bermimpi melalui satu proses seksaan yang amat dahsyat. Tubuhnya dipukul bertalu-talu dengan sesuatu yang dia tidak tahu namun kesakitannya amat menyeksakan.
Dia dipamerkan dosa silam yang menjadikan maksiat dan amalan khurafat sebagai makanan jiwa.
“ Saya merayu, menangis dan menjerit sesungguh hati minta diberikan peluang ke dunia lagi. Saya mahu tebus kesilapan diri,” katanya yang bersyukur kerana tersedar dan mendapati dia hanya koma.

“ ALLAHU… saya takut nak kenangkannya lagi…semua situasi tu macam realiti,” keluhnya.
Cerita Pian lagi, kira-kira 10 tahun lalu dia merasakan auranya dalam industri hiburan tanah air tidak menyerlah biarpun telah banyak usaha dilakukan untuk melobi pekerjaan.
Fikirnya mungkin berpunca daripada rupa yang tidak setampan rakan-rakannya ketika itu.
“ Atas saranan rakan-rakan selebriti, saya membuat suntikan kolagen. Bermula daripada bibir, hidung, pipi, muka dan akhirnya ke seluruh badan. Semua benda saya nak ubah. Bukan sedikit, tapi lebih ratusan jarum.
“ Bukan itu sahaja, saya turut memakai susuk emas dan berlian di beberapa bahagian tubuh. Puncak kecelaruan emosi saya adalah apabila anugerah Datuk yang diberikan kerajaan Naning Melaka menjadi ejekan dan gurauan rakan sehingga saya kemurungan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
“ Pada usia memasuki 40 tahun badan saya mula sakit sehinggalah ditegur seorang ustaz supaya membuang segala amalan khurafat yang saya lakukan,” katanya.
Menurutnya, pengaruh pemakaian susuk berlian dan emas itu turut merosakkan jiwa dan pemikiran sehingga ada kalanya membuat diri separa sedar dan digelar insan tidak waras.
Pian yang pernah menyertai dunia hiburan tanah air sekitar tahun 1990-an itu mengakui penderitaannya bertambah teruk apabila merasakan dirinya dipinggirkan dari dunia seni.
Malah rakan-rakan seperjuangan yang menjadi pengaruh paling kuat untuk dia memakai susuk dan kolagen turut menjauhkan diri.
“ Saya hampir hilang segala-galanya. Mujurlah dua anak dan ibu saya masih ada di sisi. Merekalah yang menjadi penguat semangat saya,” katanya.
Pian lahir ke dalam dunia hiburan menerusi rancangan realiti TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak.
“ Hanya untuk kelihatan kacak dan diterima dalam industri hiburan tanah air saya terpengaruh dengan saranan rakan selebriti sehingga lupa kepada larangan agama.

“ Selepas beberapa tahun menghabiskan wang ringgit bagi mengubah wajah kononnya untuk lebih menarik saya mula menyesal. Kecantikan tidak kekal lama malah saya mula berasa kesakitan apabila usia semakin tua,” katanya.
Melihat wajah anak, hati Pian tersentuh untuk berhijrah bahkan dia mula melihat dua cahaya mata sebagai permata yang tidak ternilai harganya.
“ Sakit. Sangat sakit, air mata berjurai-jurai ketika melakukan pembedahan buang kolagen. Saya nekad nak wajah kembali kepada asal walau pun kos buang lebih tinggi.

“ Saya tahu apa orang mengata tentang saya tapi saya tidak kisah. Saya ada dua anak yang hendak saya bahagiakan. Saya sudah bertaubat. ALLAH beri saya peluang kedua untuk hidup dengan memperbaiki diri dan mencari bekalan sebanyak-banyaknya,” katanya.
Melalui Sinar Harian Pian berharap kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada selebriti generasi baharu agar menjauhi ilmu susuk dan memasukkan kolagen.
“ Ia tidak kekal lama malah memberi kesan jangka panjang sehingga saya sendiri selalu hilang punca dan lupa keadaan sekeliling.
“ Ada ketika saya perlu memakai lampin pakai buang kerana tiada deria rasa untuk membuang air kecil. Kesan cucuk kolagen juga masih ada pada tubuh dan ia amat menyakitkan,” katanya.

“ Alhamdulillah baru-baru ini saya bertemu dengan seorang usahawan yang sangat baik hati. Beliau menaja saya suplemen yang kaya Omega 3 iaitu Dlynd Gold Sacha Inchi dan saya sudah amalkan sehingga empat botol.
Katanya Pian, sebelum ini dia menggunakan tongkat tetapi kini hidupnya semakin tenang dan mampu menjalani rutin harian di rumah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose
Sumber : sinarharian

Norlida Ishak Shop