Expired : 18.06.18

Cukai Perkhidmatan Digital Bakal Diimplemen Bermula 1 Januari 2020

Menerusi Belanjawan 2019 yang berlangsung beberapa bulan yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan untuk mengenakan cukai perkhidmatan digital yang daripada servis perkhidmatan digital luar negara bermula 1 Januari 2020 ini.


Antara beberapa perkhidmatan digital yang terlibat meliputi Netflix, Spotify dan beberapa lagi platform yang berkaitan. Sebanyak 6% cukai yang ditetapkan kerajaan buat penyedia perkhidmatan ini.



Sumber: timedotcom



Difahamkan penawaran cukai ini secara tidak langsung bakal meningkatkan pendapatan negara serta memberi persaingan sihat kepada penyedia perkhidmatan digital dalam negara yang sedia maklum menawarkan dikenakan cukai.


Setakat ini, masih belum diketahui sama ada cukai ini bakal diserap oleh penyedia-penyedia platform berkenaan ataupun bakal ditambah didalam caj perkhidmatan pengguna. Sama-sama kita nantikan apakah respon daripada penyedia perkhidmatan popular seperti Netflix dan Spotify.


Norlida Ishak Shop