v Curahan Hati Achey Jadi ‘Bapa Segera’ Bikin Netizen Sebak – “Walaupun Bukan Dari Rahim Isteriku, Dia Punca Aku Merasa..”
Expired : 18.06.18

Curahan Hati Achey Jadi ‘Bapa Segera’ Bikin Netizen Sebak – “Walaupun Bukan Dari Rahim Isteriku, Dia Punca Aku Merasa..”

Nampaknya, sambutan Hari Bapa tahun ini menjadi sambutan yang cukup bermakna apabila dia dan isteri dapat menyambutnya dengan kehadiran buah hati tercinta, Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia dua tahun.

Pelakon dan pelawak ini mengatakan bahawa kehadiran Tiara yang meskipun hanyalah anak angkat merupakan sebuah rahmat baginya kerana dia dapat merasa untuk bergelar seorang bapa.

Dalam entrinya di Instagram, dia meluahkan kesyukuran dengan memuat naik sebuah foto anaknya itu.

View this post on Instagram

Dialah punca!!! .. .. .. Aku merasa hari ini.. .. Aku bersyukur pada Allah.. .. Jika tidak DIA kurniakan tiara zinnirah kepada ku… tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di hari bapa .. Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu…. kini dapat di curahkan kepadanya.. .. Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak.. .. Maaf ayah pohon kepada awak n mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawap.. .. Ayah sayang awak ucuk achammm.. . #tiarazinnirah #happyfathersday #kintangkintung #yangterindah #kitabaikramaisayang #gengasap

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

“Dialah punca aku merasa hari ini! Aku bersyukur pada Allah. Jika tidak dia kurniakan Tiara Zinnirah kepadaku, tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di Hari Bapa,”

Dia turut berjanji akan melakukan yang terbaik untuk anaknya itu dan mengucapkan kasih dan sayang kepada Tiara.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah,34, dan isteri Nor Hasanah Yahya telah mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil keputusan untuk menimang cahaya mata angkat pada tahun 2018.