Expired : 18.06.18

Daesh bunuh lebih 60 anggota tentera Syria dalam 3 serangan


DAMASCUS, 15 Syaaban 1440H, Ahad – Kumpulan militan Daesh, yang disokong Al-Qaeda membunuh lebih 60 anggota tentera Syria, di timur negara itu sejak tiga hari lalu.


Pemantau Hak Asasi Manusia berkata, pengganas Daesh membunuh kira-kira 35 anggota tentera dalam serangan di kawasan yang dikuasai kerajaan rejim Bashar Al-Assad di ibu negara dan timur Syria sejak Khamis lalu.


“Ini termasuk 27 anggota tentera serta empat pegawai, yang terbunuh di timur laut wilayah Homs, manakala lapan lagi maut di wilayah Dyar al-Zawr,” katanya.


Agensi pemantau yang diasaskan oleh Britain itu, menyifatkan serangan itu sebagai paling dahsyat ke atas kerajaan Syria dalam beberapa bulan kebelakangan ini.


Katanya, militan Daesh yang dikaitkan dengan Jabhat Fateh al-Sham (dahulu dikenali sebagai Front Nusra), menyerang pasukan tentera Syria di luar kawasan barat laut Idlib pada Sabtu yang mengakibatkan 26 orang daripadanya maut.


Daesh, yang pernah menguasai hampir keseluruhan kawasan di Syria dan Iraq kini telah dikalahkan sepenuhnya oleh kedua-kedua kerajaan negara itu, dan kehilangan hampir semua pengikutnya.


Kumpulan pengganas itu kini menguasai sebahagian kecil kawasan di gurun Syria yang dikenali sebagai Badia, berhampiran sempadan Iraq.


Mereka menggunakan kawasan itu sebagai pusat persembunyian dan tempat untuk menyerang anggota tentera Syria. – Agensi


The post Daesh bunuh lebih 60 anggota tentera Syria dalam 3 serangan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop