Expired : 18.06.18

“Dah biasa, warganet je lebih2..” – Bapa tampil ‘backup’ Aliff Aziz buat peminat tambah meIuat!

Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon dan juga penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz nampaknya belum lagi menemui noktah. Kpntroversi hangat minggu ini apabila dia didakwa mempunyai hubungan dengan seorang remaja bawah umur

Masih lagi mendiamkan diri, Aliff dilihat tidak membuat sebarang kenyataan lagi dan hanya pihak remaja itu sahaja yang memohon maaf diatas perkara kontr0versi itu.
Komen ayah Aliff Aziz
Namun begitu, petang tadi, bapa kepada Aliff Aziz, Aziz Sapdan telah dihubungi oleh Utusan Online bagi mengetahui respon keluarga berhubung isu panas tersebut.
Menurutnya, mereka sekeluarga tenang-tenang sahaja kerana sudah biasa berhadapan dengan perkara sebegitu.

Dia juga membwritahu bahawa kontr0versi yang melanda rumah tangga anak sulungnya itu sudah selalu mereka hadapi dan hanya warganet sahaja yang berlebihan.
Tidak mahu diganggu
Tambah bapanya lagi, kebiasaannya hanya ibu Aliff yang akan menjawab soalan pihak media. Namun buat masa ini isterinya enggan diganggu kerana tertekan dengan masalah tersebut.
Kenyataan daripada bapa Aliff telah membuatkan netizen berasa kesal dan meninggalkan komen di Facebook sumber.
Rata-rata menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap Aliff kerana masih berdiam diri diatas setiap kecvrangan yang dilakukan terhadap isterinya, Bella Astillah.
Sumber: Utusan Online

Norlida Ishak Shop