v “Dah Kurus Jangan La Pakai Ketat,” Berat Badan Dah Capai 57KG, Netizen Tegur Zulin Aziz
Expired : 18.06.18

“Dah Kurus Jangan La Pakai Ketat,” Berat Badan Dah Capai 57KG, Netizen Tegur Zulin Aziz

Rasanya semua sedia tahu yang pengacara Zulin Aziz dah berjaya mencapai berat badan idaman setelah berhempas pulas menguruskan badan. Kini, dikatakan berat badan Zulin sudah mencapai tahap ideal iaitu 57 kilogram.

Maka dengan itu, Zulin baru-baru ini telah berkongsi sebuah video di laman instagram yang memaparkan dia sedang meraikan kejayaan itu untuk tatapan peminatnya.

View this post on Instagram

Yeay dah 57kg! Thank you so much @dmagiadietmealz_hq and team!???. . Mereka jaga pemakanan dan exercise saya sepanjang Pkp.Jom kurus secara sihat. @dmagiadietmealz_hq and team akan guide anda . Plan diet selama 21 hari dengan Dmagia luar biasa! Dengan mengamalkan pemakanan dan senaman yg boleh membantu anda turun berat badan yg anda idamkan.Saya mengambil masa 3 bulan saja utk seperti sekarang. Saya boleh,anda pasti boleh. . Kami guide sampai kurus. Product ni peganti makanan dan program diet yg menukar cara pemikiran kita mengambil makanan yg lebih seimbang . . Kalau nak tau lebih lanjut boleh follow @dmagiadietmealz_hq . Kami tak jual UBAT kURUS tp replacement meal.

A post shared by ????? ???? (@zulinaziz) on

“Yeay dah 57kg! Terima kasih banyak-banyak @dmagiadietmealz_hq dan team!”

Dalam video berdurasi 12 saat itu, Zulin dilihat sedang menari-nari sambil memakai seluar denim. Namun video tersebut telah dipadam sebelum dia memuat naik video baru yang lebih sopan.

Ini berikutan penampilan Zulin yang memakai pakaian agak ketat, mungkin kerana niatnya ingin menunjukkan bentuk badannya yang ramping.

View this post on Instagram

Macam2 warna untuk koleksi terbaru shawl dan bawal dari @dmagiafashion_official . Cepat dapatkan.Stock terhad ?

A post shared by ????? ???? (@zulinaziz) on

 Menerusi laman komen, ramai netizen meminta Zulin untuk menjaga adab penampilan kerana dia merupakan seorang wanita bertudung dan tidaklah manis untuk dia  memakai pakaian yang ketat dan singkat.

Mengimbas kembali, Zulin sebelum ini telah mengamalkan diet berasaskan telur dan dia akhirnya berjaya mendapatkan berat badan ideal berbanding berat badan asalnya iaitu 85 kilogram.