v DAH MAKIN SASA? 3 TIP PEMILIHAN PAKAIAN TERBAIK UNTUK ANDA
Expired : 18.06.18

DAH MAKIN SASA? 3 TIP PEMILIHAN PAKAIAN TERBAIK UNTUK ANDA

Anda kini sedang ‘membuat’ badan? Perubahan saiz pada tubuh anda menunjukkan sesuatu yang ketara? Baju-baju lama semakin tidak muat? Itu tandanya anda memerlukan set atau koleksi baju yang lain dalam gerobok pakaian anda. Namun bagaimana? Bukankah ada trik dan tip tersendiri dalam memilih pakaian terbaik buat mereka yang bertubuh sasa? Ya, kami ada tipnya! Teruskan membaca.

1. NISBAH YANG BETUL

Its all about the right ratio! Kenyataan ini adalah khusus untuk lelaki berotot. Memakai pakaian yang menonjolkan dada, tubuh atau kaki anda yang tegap mungkin kelihatan sesuatu yang ingin dibanggakan selepas segala hasil usaha anda untuk mencantikkan badan, tetapi anda diminta untuk kurang meletakkan penekanan di bahagian-bahagian itu. Sebagai contoh, elakkan memakai seluar jean skinny, ataupun pemakaian jaket yang tidak berstruktur dan fabrik yang ringan. Elakkan kemeja yang sendat yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan apabila anda bergerak.

2. JENAMA

Tahukah anda, terdapat variasi jenama pakaian mempunyai saiz dan fabrik tersendiri dan ini memberi kesan yang besar ke atas pemilihan saiz terhadap setiap individu yang memfokuskan demografi, lokasi dan gaya tertentu. Ini bermakna banyak pilihan untuk anda cuba dan pakai. Senang cerita, try and error! 

3. MEMILIKI TUKANG JAHIT PERIBADI

Akuilah, bagi lelaki yang bertubuh sasa dan besar, adakalanya pasti akan mengalami kesukaran dalam memilih pakaian yang benar-benar fit untuk mereka. Namun, anda boleh menggunakan pendekatan lain seperti menempah sendiri pakaian anda. Positifnya, anda akan menyarung pakaian yang ditempah mengikut bentuk badan anda secara spesifik dan pasti elok terletak di atas tubuh anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The post DAH MAKIN SASA? 3 TIP PEMILIHAN PAKAIAN TERBAIK UNTUK ANDA appeared first on Glam Lelaki.