v Dah Penat Berniaga, Usahawan Kosmetik Aliff Syukri Rasa Nak Duduk Rumah Sahaja
Expired : 18.06.18

Dah Penat Berniaga, Usahawan Kosmetik Aliff Syukri Rasa Nak Duduk Rumah Sahaja

Walaupun bergelar jutawan hasil perusahaan kosmetik dan barangan kecantikan, Datuk Aliff Syukri mengakui dirinya berasa penat dan letih untuk meneruskan legasi perniagaan yang diusahakannya selama ini.

Sentiasa berdepan dengan cabaran dalam perniagaan, Aliff Syukri juga memberitahu pelbagai karenah dan perkara yang telah dilaluinya selama ini seperti pekerja pecah amanah, ditipu dan sebagainya.

View this post on Instagram

Team para2 sy yg baru.. Apa pendapat korang tentang PA saya ni boleh ke buat kerja @farishussainn .. takut x tahan jer..

Advertisement

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 Ujarnya lagi, memikirkan dirinya perlu berdepan dengan perangai manusia yang kadang-kadang suka mengambil kesempat, membuatkan dia merasa lelah dan rasa seperti ingin duduk di rumah saja.

“Penat berniaga..bila kita buat bisnes, ada orang cuba ambil kesempatan, pekerja pecah amanah, mencuri duit bertahun-tahun. Malah ada yang siap memfitnah dan memburuk-burukkan saya. Itu yang saya agak terkilan sampai terdetik nak duduk di rumah saja. Saya pun rasa nak suruh isteri uruskan bisnes kosmetik saja, saya malas nak ke depan dah,”

Dia yang dihubungi Astro Gempak itu sebelum ini telah menyiarkan entri berbaur luahan perasaan di laman instagram miliknya.

View this post on Instagram

Sekarang kasi sy bertenang dan fokus kat @sugehhillresortjandabaik lps ni ill come back?? Dah penat berniaga 12 tahun dalam industri ini bila lah nak rasa berehat..

Advertisement

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Perusahaan yang dijalankannya hampir menjangkau 12 tahun itu  menurutnya telah membantu ramai orang dalam memperbaiki kehidupan mereka namun Datuk Aliff mengakui sering saja ‘ditikam belakang’ oleh golongan tertentu.

Dalam pada itu, dia turut mengucapkan ‘terima kasih’ kepada mereka di luar sana yang telah mengkhianati dirinya. Terkini, Datuk Aliff masih lagi menunggu siasata pihak polis mengenai isu pekerjanya yang pecah amanah baru-baru ini.