Expired : 18.06.18

Dahulu aku gadis Emo, dirgol kawan gig, di buang keluarga hingga lah dtg seorang lelaki baik ingin kahwini aku

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya kisah saya ni disiarkan. Saya harap pengalaman saya ni dapat menjadi pengajaran pada rakan hawa yang lain.


Sekarang aku berumur 26 tahun. Kisah ni berlaku masa aku umur 19 tahun. Waktu tu, aku langsung tak ada kawan perempuan disebabkan minat aku lain. Aku selalu berada di CC main game dengan kawan2 lelaki aku. Aku selalu ikut diorang pegi gig, moshpit.


Hujan, bunkface, Bitterweet, dan banyak lagi. Pakai style ala-ala emo sikit, rambut rebonding. Aku rasa aku ‘lain dari yang lain’ kononnya, sebab pergi mana-mana aku seorang je perempuan. Sekarang mungkin ramai perempuan main game, layan gig. Tapi dulu tak sebanyak macam sekarang.


Suatu hari, aku ikut kawan aku nak praktis gig. Ya, aku seorang je perempuan. Aku fikir, mereka ni ada waktu susah senang aku, jadi aku percaya dengan mereka. Tapi aku silap, aku dikurung didalam bilik sewa mereka, dir0gol berulang-kali selama 2 hari.


Kemudian aku dihantar depan rumah aku dengan ugutan video yang mereka ada. Selama seminggu aku berkurung dalam bilik air, sental badan sampai merah dan berdrah kerana aku rasa diri aku kotor dan jijik.


Hari ke-8 aku kuatkan diri untuk buat pemeriksaan di Hospital. Tapi doc kata mereka tak boleh lanjutkan pemeriksaan kalau aku tak buat report. Disebabkan tu, aku pergi balai polis. Tapi malangnya, polis kata dah terlambat, dan aku yang bersalah kerana ikut mereka.


Kalau aku tak ikut, perkara ni takkan terjadi. Waktu ni kata-kata dia bagaikan menampar aku. Ya, ini semua salah aku. Aku takkan lalui benda ni kalau aku jaga batas aku. Akhirnya, dia tetap ambil dan print report aku.


Tapi oleh kerana aku taknak bagitau ibu ayah, siasatan tak boleh diteruskan. Aku telefon kakak aku, aku minta dia ganti tempat ibu ayah. Tapi dia taknak.


Disebabkan aku rasa proses undang2 ni complicated, dan aku tak berapa jelas, aku buat keputusan pergi ke hospital swasta untuk pemeriksaan H.1.V dan sebagainya. Balik je dari hospital, barang2 aku dah terletak kat luar rumah. Ya, aku kena halau.


Rupanya kakak dah cerita kepada ibu ayah dan mereka suruh aku keluar kerana mencalarkan muka mereka. Bagai ditimpa musibah bertubi-tubi. Aku cari kekuatan untuk teruskan hidup. Malam tu aku tidur kat bus stop.


Aku kerja keras starting sebagai promoter selama 5 tahun, sampai aku dilantik menjadi supervisor. Aku nekad nak lupakan kisah silam aku. Aku berubah, aku mula tutup aurat, start mengaji. Setiap bulan aku akan kirim duit kat mak ayah, hantar mesej, call rumah tak berangkat.


Tak ada balasan. Aku redha dan pasrah. Nak dijadikan cerita, aku kenal dengan seorang mekanik masa nak repair skuter. Sejak tu, dia selalu ajak aku keluar ditemani mak dia. Tak lama lepas tu, dia kata nak peristerikan aku.


Aku ambil masa sebulan untuk fikir. Aku rasa kotor, hina, dan tak layak untuk jadi isteri dia. Lagi-lagi dengan seorang lelaki yang tak pernah sentuh perempuan dan tak pernah bercinta langsung. Dia selalu kata perempuan taknak kat dia.


Aku rasa dia ada rupa, cuma dia baik sangat. Dalam masa aku tengah fikir tu, aku selalu nampak kat fb lelaki2 tulis pasal perempuan kata, “lelaki yg baik takkan tanya kisah silam”. Aku. Agak. Terasa. Sebenarnya. ;’D


Last sekali aku buat keputusan untuk bagitahu semua kat dia. Lepastu dia nak reject, terpulanglah. Aku akan teruskan hidup aku sorang-sorang. Kat mamak ibrahim maju, aku jumpa dia dengan mak dia. Aku cerita semuanya kat dia. Air muka dia berubah, kecewa, dia paksa aku bagitau nama dan tempat tinggal lelaki tu.


Aku yang dipaksa, bagaikan luka lama terbuka kembali. Buat sesiapa yang tanya, tak. Dia bukan anak mak. Cuma dia jaga batas. Lepas adegan paksa-memaksa tu, air mata dia menitis, dia keluar tanpa sepatah kata pun. Mak dia bagitahu aku supaya sabar, bagi dia tenangkan fikiran.


Masa tu aku fikir, aku takkan mula sesuatu dengan mana2 lelaki dah. Macam aku menganiaya mereka dgn simpan aib aku. Lepas beberapa hari dia datang dengan mak dia, cakap nak kahwin dengan aku. Aku taknak ada apa2 sorok dari dia, aku nak cerita apa yang aku belum cerita kat dia.


Tapi belum sempat aku cerita, dia marah, “Tak perlu cerita. Saya taknak tahu apa pun tentang masa silam awak. Walau buruk macam mana pun awak, saya terima sebab awak dah berubah. Saya takut kalau saya tahu lebih, saya tak dapat kawal cemburu saya.”


Alhamdulillah, sekarang kami dah punya satu orang anak lelaki. Ayah aku datang hanya untuk jadi wali. Lepas habis akad, dia terus balik. Jujur, aku sedih. Tapi aku cuba perbaiki hubungan dgn family aku sampai sekarang. Aku tak salahkan ayah, sebab aku yang bersalah. Mak mertua aku pulak, dah sah tu.. dia bagitau kami, dah kahwin, jangan bawak dia pergi mana2 dah. Nak gaduh pecah pinggan mangkuk ke, jangan libatkan dia. Waktu tak gaduh je dibenarkan melawat dia.


Suami aku pula, dia langsung tak pernah tanya, tak pernah nak ambil tahu tentang apa yang jadi masa dulu. Tak pernah ucap cerai atau lepas. Disebabkan kisah lalu aku, aku layan dia bagai raja, seorang ketua, seorang pemimpin. Aku nak tebus kesalahan aku yang dulu.. tapi benarlah apa yang korang selalu komen, lelaki yang baik takkan pernah tanya. Tapi aku tak nafikan memang wujud perempuan yang ambil kesempatan sedangkan mereka tak betul2 berubah.


Sekarang aku dah tak dengar lagu2 hujan ke.. underground ke… husband aku ajar aku dengar lagu bingit pulak. Pekak telinga sikit takpelah , pura pura suka taknak kecikkan hati dia. Kawan-kawan atau adik-adik yang baca ni, jadikan lah pengalaman aku sebagai pengajaran. Remaja hanya sekejap.


Jangan buat perkara yang boleh buat menyesal seumur hidup. Jangan sangka berkawan dengan lelaki, mereka tak ada perasaan. Tak ada nafsu. Mungkin aku cerita ni agak fast forward, takde feel. Sorry.. aku dah lupa macam mana rasa sakit.


Admin harapkan semoga perkahwinan Mai dirahmati .


“Allah SWT berfirman pada akhir ayat 31, Surah An-Nur: “Orang yang bertaubat ialah mereka yang akan beroleh kejayaan.”


“Mesti diingat, maksiat atau dosa yang tidak dibasuh dengan taubat, akan meninggalkan kesan karat pada hati.


“Janganlah berlengah sehingga seluruh hati diselaputi karat dosa kerana pada waktu itu, kalbu tidak lagi menerima limpahan nur dari Allah SWT,” katanya. Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq– Mai


Norlida Ishak Shop