v Dakwa Isteri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat, Imam Muda Faris Cerai Isteri Pertama Selepas 13 Tahun Berkahwin
Expired : 18.06.18

Dakwa Isteri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat, Imam Muda Faris Cerai Isteri Pertama Selepas 13 Tahun Berkahwin

Semakin hari semakin banyak pula kes penceraian yang melibatkan pendakwah tempatan.

Terbaru, seorang peserta program Imam Muda pada tahun 2014 iaitu Syed Mohd Faris Syed Roslan (34) bertindak menceraikan isteri pertamanya selepas melangsungkan perkahwinan kedua di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lepas.

Bahkan lelaki itu sanggup menceraikan isteri pertamanya iaitu Nur Hidayu (33) selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka pada 28 Mei lalu. 

imam muda faris cerai isteri pertama

Jelas Nur Hidayu, isteri baru suaminya bertindak kasar ke atasnya selepas Syed Faris membuat keputusan untuk menceraikan salah seorang daripada mereka. Lebih sayu, kejadian itu dikatakan berlaku sewaktu dia baru sahaja habis menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata kelima mereka.

Insiden tersebut dikhabarkan terjadi di tempat kerja isteri pertama Syed Faris pada jam 12 tengah malam. Isteri kedua lelaki itu nyata tidak dapat menerima cadangan untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.

“Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu menceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mendakwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah.”

Seperti tidak terkawal, isteri kedua Syed Faris telah menendang, memijak kaki selain memulas tangan Nur Hidayu namun suaminya langsung tidak mempertahankannya daripada serangan tersebut.

Lebih mengejutkan kerana Nur Hidayu mengakui bahawa dia mengenali isteri kedua itu kerana mereka sama-sama pernah menyertai misi dakwah bertempat di Sibu, Sarawak pada November 2018.

imam muda faris cerai isteri pertama

Bahkan wanita ini sudah merasa ada sesuatu yang tidak kena apabila wanita tersebut pulang dalam satu penerbangan bersama suaminya dan bukannya dia.

Jelasnya lagi, Syed Faris hanya mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin dengan wanita tersebut pada akhir Januari lepas dan pada ketika itu Nur Hidayu baru sahaja melahirkan anak kelima mereka.

Suaminya turut dikhabarkan berkelakuan pelik apabila selalu pulang lewat dan kadang-kadang tidak balik ke rumah langsung. Bukan itu sahaja, Syed Faris difahamkan tidak memberi wang nafkah dan kalau dihulur pun, pasti diberi mengikut sesuka hatinya.

Makin timbul rasa geram apabila Nur Hidayu menyatakan bahawa suaminya ada meluahkan hasrat untuk berkahwin lain namun diminta olehnya agar berfikir mengenai anak-anak mereka.

imam muda faris cerai isteri pertama

Pun begitu, Syed Faris tetap meneruskan hasrat yang sudah lama dipendam itu selain turut mendakwa isteri keduanya itu boleh melayannya dengan lebih hebat berbanding dirinya.

“Malah, sebelum dengan wanita ini dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami.”

Agak menyedihkan buat Nur Hidayu kerana mereka bukan sahaja mempunyai lima anak namun dia juga pernah 4 kali keguguran sepanjang perkahwinan tersebut.

Selepas pendedahan mengejutkan ini, Syed Faris nampaknya lebih senang mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan.

Sumber: Harian Metro