Expired : 18.06.18

Dakwa kena fitnah khalwat, Fizz Fairuz lapor 'Makcik Puaka' kepada polis

Pelakon Fizz Fairuz membuat laporan polis ke atas pengendali akaun Instagram yang didakwa memfitnahnya. — Foto ihsan Instagram/Fizz Fairuz Official
Pelakon Fizz Fairuz membuat laporan polis ke atas pengendali akaun Instagram yang didakwa memfitnahnya. — Foto ihsan Instagram/Fizz Fairuz Official

KUALA LUMPUR, 17 April — Pelakon Fizz Fairuz akhirnya membuat laporan polis ke atas pengendali akaun Instagram “Makcik Puaka” yang didakwa memfitnahnya ditangkap khalwat.

Pelakon Munafik berkata aduan dibuat di balai polis Sentul jam 2 petang semalam ekoran tiada maklum balas selepas tempoh tujuh hari diberi untuk meminta maaf berakhir.


“Saya sudah beri dia tempoh dan bertolak ansur tetapi tidak ada respon daripada pihak terbabit,” kata Fizz, nama asal Mohd Fairuz Zainal Abidin seperti dilapor Sinar Harian.


“Jadi bila tempoh sudah tamat, saya serahkan kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.”


Pada 7 April lalu, Fizz, 39, memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang didakwa memfitnahnya ditangkap khalwat di Pulau Perhentian, Terengganu.


Pada 13 April lalu, pengendali akaun “Makcik Puaka” memohon maaf melalui Insta Stories walau dakwaan berkenaan tidak menyebut nama Fizz, malah tulisan itu sudah dipadam.


Namun, permintaan maaf tersebut tidak diperakui suami pelakon Almy Nadia kerana beliau mahu pengendali akaun berkenaan berjumpanya secara berdepan.


Norlida Ishak Shop