Expired : 18.06.18

‘Dakwaan Cubaan Campur Tangan’ Kerajaan PH Mesti Telus

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pengakuan Syazlin Mansor, peguam wakil keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, bahawa ada “cubaan campur tangan” pihak tertentu dalam inkues kematian anggota bomba itu sesuatu yang amat serius.


Menurut beliau keterangan tersebut jelas menunjukkan terdapat pihak tertentu mahu menutup cerita sebenar yang menimpa Allahyarham Muhammad Adib, maka apa yang diterangkan oleh Syazlin Mansor wajar disiasat oleh pihak polis.


Dan tambahnya sekiranya ia benar benar berlaku, ini mengesahkan sangkaan majoriti rakyat bahawa ada perkara meragukan berlaku dalam inkues Allahyarham Muhammad Adib.


“Inkues Muhammad Adib, yang maut dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, tahun lepas, seharusnya menjadi medium bagi merungkai kebenaran.


“Bagaimanapun setakat ini, ia dilihat menjadi “sarkas” kerana seakan menerima tekanan dan campur tangan Peguam Negara Tommy Thomas”, katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.


Justeru tegas beliau skiranya Malaysia tidak mahu inkues ini terus menjadi bahan ketawa dunia, Peguam Negara wajar meletak jawatan dan tidak terlibat dalam kes ini supaya Allahyarham Muhammad Adib diberi perbicaraan yang adil, telus dan saksama.


Ini juga katanya lagi bagi memastikan kredibiliti Sistem Perundangan dan Keadilan negara terpelihara.


“Rakyat melihat apa yang berlaku dalam inkues Allahyarham Muhammad Adib adalah bukti kerajaan PH tidak “walk the talk” untuk berlaku telus sama ada dalam undang-undang, pentadbiran mahupun pelaksanaan kebajikan kepada rakyat.


“Malah sejak Kerajaan PH mengambilalih pemerintahan , terlalu banyak berlaku insiden yang menjadikan negara ini bahan ketawa (laughing stock) masyarakat dunia”, ujarnya.


Tambah beliau bermula dengan dasar-dasar kewangan dan pelaburan yang flip flop, angka-angka ekonomi tidak konsisten dan diputarbelit, keputusan demi keputusan yang asyik u-turn, pendakwaan terpilih, dan sebagainya.


“Semua perkembangan ini mengakibatkan bukan saja pelabur baru enggan masuk tetapi yang sudah ada di negara ini pula memindah keluar pelaburan mereka.


“Ini menyebabkan Kerajaan PH tidak diyakini oleh pelbagai pihak dan secara langsung memberi kesan kepada rakyat,” tegasnya.


Jelas beliau lagi rakyat mahukan pembelaan, dan mahu supaya nasib mereka dipelihara

malah dengan keadaan kehidupan yang semakin menekan teutama kenaikan kos sarahidup.


“Rakyat sudah tentu terkesan. Malah pastinya rakyat akan lebih terasa jika melihat sistem perundangan dan keadilan di negara ini tidak boleh diyakini atau dijamin bebas,” ujarnya.-MediaUMNO


Norlida Ishak Shop