Expired : 18.06.18

Dana RM20 Juta Kereta Terbang Guna Duit Rakyat, Menteri PH Berbohong Lagi

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan kereta terbang buktikan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof menipu maka ke mana sebenarnya wang RM20 juta yang diperuntukan itu dibelanjakan?


Justeru Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah mendesak agar menteri berkenaan memberi penjelasan berkaitan isu ini.


“Saya agak kecewa dengan tindakan menteri yang telah mengelirukan Dewan kerana pada satu sesi perbahasan menteri telah mengatakan bahawa projek kereta terbang tidak menggunakan dana kerajaan tetapi apa yang tercatat dalam laporan PAC jelas menunjukkan dana sebanyak RM20 juta telah belanjakan untuk projek kereta terbang dan saya berharap menteri harus kembali ke Dewan untuk membuat penjelasan berkaitan isu mengelirukan Dewan.


“Mana boleh menteri bercakap tidak menggunakan dana kerjaan tetapi akhirnya terbukti ada. Ini sebenarnya menunjukkan ketidakcekapan menteri membelanjakan duit rakyat untuk pembangunan masa depan,” ujar beliau kepada UMNO-Online.


Oleh itu, Shahar mendesak kerajaan untuk menjelaskan dengan segera berkaitan dana RM20 ini kerana rakyat berhak untuk mengetahui hal sebenar.



Semalam PAC mendedahkan projek kereta terbang menerima dana sebanyak RM20 juta daripada kerajaan walaupun sebelum ini ia dilaung-laungkan sebagai projek inisiatif swasta.


Menteri Pembangunan usahawan sebelum ini juga pernah mengumumkan projek kereta terbang itu adalah dipacu oleh pihak swasta tetapi laporan PAC mendapati Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) meluluskan pelaburan berjumlah RM20 juta dalam syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd (AVSB).


Laporan PAC juga mencatatkan bahawa prototaip kereta terbang itu akan dibina di Jepun kerana ia mempunya ekosistem dan fasiliti untuk membina kereta terbang, bertentangan dengan kenyataan menteri bahawa ia akan menggunakan teknologi tempatan untuk membangunkan projek tersebut.


Untuk rekod, menteri sebelum ini mengumumkan kereta terbang Malaysia pertama akan dilancarkan pada Oktober 2019. Beliau turut berkata di dalam Dewan Rakyat bahawa sokongan kerajaan terhadap projek yang didanai oleh pihak swasta itu bertujuan untuk membangunkan ‘human capital’.


Ketika ‘scale model’ kereta terbang itu pertama kali ditunjukkan kepada awam sewaktu pameran LIMA di Langkawi, ia menjadi bahan troll netizen kerana kipasnya yang seakan-akan mirip kipas KDK.


Minggu lepas, kereta terbang lain yang ditunjukkan, model super drone dari syarikat C hina E-Hang 216 beroda troli yang diletakkan pada empat kakinya, turut menjadi bahan troll netizen.


Super-drone tersebut tidak dapat melakukan ujian terbang yang sepatutnya dinaiki oleh menteri kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). – UMNO ONLINE


Norlida Ishak Shop