Expired : 18.06.18

Daniel Maldini sambung legasi keluarga

DANIEL Maldini meneruskan tradisi keluarga di AC Milan apabila anak kepada legenda kelab, Paolo dan cucu Cesare itu tersenarai dalam skuad senior buat pertama kali ketika seri 1-1 menentang Napoli dalam aksi Serie A, hari ini.


Bagaimanapun, Maldini yang berusia 18 tahun perlu menunggu sebelum boleh beraksi bersama juara tujuh kali Eropah itu apabila hanya memanaskan bangku simpanan dalam aksi di San Siro.


Pemain tengah menyerang, Maldini yang menyertai jelajah musim panas Milan dan bersama skuad belia melanjutkan kontrak sehingga 2024.


Dia pemain generasi ketiga beraksi bersama juara 18 kali Serie A itu selepas datuknya, Cesare yang mati pada 2016 beraksi 12 musim dengan menjuarai empat gelaran liga dan Piala Eropah.


Cesare turut menjadi jurulatih pasukan sebanyak dua kali pada 1973-1974 dan 2001.


Anaknya Paolo yang dianggap antara pertahanan terbaik dunia sepanjang zaman memegang rekod paling banyak beraksi di Serie dengan 647, semuanya bersama AC Milan, menang tujuh Scudetto dan lima trofi Liga Juara Juara.


Maldini berusia 51 tahun kini menjadi pengarah teknikal bersama kelab di utara Itali itu yang sedang bergelut di tempat ke-13 dalam liga.


Norlida Ishak Shop