Expired : 18.06.18

DAP bermaharajalela jika kerjasama UMNO, PAS lemah


BANGI, 1 Ramadan 1440H, Isnin – “DAP dan sekutunya masih tidak dapat melaksanakan agenda secara terang-terangan kerana dalam medan politik negara ini masih ada UMNO dan PAS,” tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Azian Osman.


Beliau dalam satu kenyataan berkata, kerjasama UMNO dan PAS akan menyebabkan pelaksanaan agenda parti DAP itu terbantut.


“Sebab itulah UMNO dan PAS diserang begitu hebat, jika dua parti ini lemah maka bermaharajalela lah dengan agenda mereka,” katanya.


Azian juga berkata, apa yang berlaku pada hari ini telah pun diceritakan di dalam kitab suci al-Quran.


“Pada orang yang mengaku Islam, bacalah Al Quran, fahami tafsirnya, hayati setiap ayatnya, kita akan jumpa apa yang ada dalam al-Quran itu memang berlaku pada masa sekarang dan Allah telah bekalkan kita dengan panduan, pedoman dan pelindung.


“Jika mahu mendapat huraian-huraian yang lebih jelas rajin-rajin pula membaca dan memahami hadis Rasulullah ﷺ,” katanya.


Sabtu lalu,‘Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan’ telah diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman, sebagai sebagai amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan bahawa rakyat membantah penghinaan dan ancaman terhadap kedaulatan Islam di negara ini.


Himpunan yang dilaporkan dihadiri hampir 3,500 peserta itu dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan seliaan UMNO dan PAS.


Perhimpunan itu memperjuang isu kedudukan Islam seperti Statut Rom, menuntut keadilan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Kassim dan pelbagai lagi isu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.


The post DAP bermaharajalela jika kerjasama UMNO, PAS lemah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop