Expired : 18.06.18

DAP risau kuasa nampak tergugat: Asyraf Wajdi


BANGI, 3 Rejab 1440H, Ahad – “Nampak sangat DAP begitu risau kuasa yang dinikmati mereka sejak 9 Mei 2018 lalu kini nampaknya tergugat.


“Satu-satunya cara untuk mereka terus mendominasi kuasa politik negara ialah dengan menakut-nakutkan rakyat dan terus membakar api perkauman dan chauvinis sempit di kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.”


Demikian kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki berhubung kenyataan rasis dikeluarkan pimpinan DAP termasuk Lim Guan Eng yang mendakwa kerjasama UMNO-PAS sebagai suatu pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu. 



Belum reda isu berkenaan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang tidak senang dengan kerjasama antara kedua-dua parti itu pula menggambarkan negara bakal menjadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban jika UMNO-PAS berjaya memerintah negara.


Mengulas mengenai perkara itu, Asyraf yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, semua ini hanya menyerlahkan sifat sebenar parti DAP yang hakikatnya terbina di atas garis perkauman dan dasar rasis menebal. 


“Apa-apapun rakyat sudah makin celik dan cerdik pastinya tidak mudah lagi termakan dengan mainan fitnah dan hasutan rasis DAP yang berakar umbi sejak awal penubuhan mereka pada 1967 lagi,” katanya.


The post DAP risau kuasa nampak tergugat: Asyraf Wajdi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop