Expired : 18.06.18

DAP usah pertikai, beri peluang kerajaan tangani COVID-19

Oleh Fazleen Safina


BANGI, 28 Rejab 1441H, Isnin – Parti tamak haloba DAP diberi amaran tidak menimbulkan sebarang polemik berkaitan wabak COVID-19 yang dikendalikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.


Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan membangkitkan perkara itu apabila Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan How mendesak kerajaan Malaysia mencontohi negara Kanada dan Australia melakukan ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran.


“Kita perlu beri ruang kepada kerajaan dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang ternyata cukup berwibawa untuk melaksanakan perancangan sebaiknya.


“Ini kerana kerajaan sudah meluluskan bajet tambahan kepada KKM dan saya yakin akan meningkatkan keupayaan saringan, di samping memberi perlindungan sewajarnya kepada wira-wira barisan hadapan kita,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.


Dengan jumlah mangsa dijangkiti wabak COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari, Sufian menegaskan, bahawa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berpolitik.


“Ini masa kita bersatu hati sebagai rakyat Malaysia dan sebarang pertikaian haruslah berdasarkan kritikan dan cadangan membina,” katanya.


Terdahulu, Howard dalam kenyataannya menggesa Malaysia untuk melakukan ujian saringan secara besar-besaran di negara ini, sama seperti Kanada dan Australia.


Dalam kenyataan sama, Howard menjelaskan bahawa Malaysia hanya menjalankan sebanyak 13,876 ujian (terbaharu 14,661), manakala Kanada dan Australia kedua-duanya telah menjalankan hampir 10 kali ganda ujian – masing-masing melebihi 11,300 – walaupun ketiga-tiga negara mempunyai jumlah kes keseluruhan, kes aktif dan kes per juta populasi yang sama bagi COVID-19.


Katanya, Kanada dan Australia telah diperakui sebagai negara yang berjaya memerangi COVID-19 dengan cemerlang.


Selain itu, Howard mendakwa bahawa, terdapat ujian COVID-19 boleh dilakukan di 11 syarikat yang mempunyai makmal seluruh negara, namun ia menelan kos sekitar RM600 untuk setiap sampel.


Katanya, dengan kos RM600 yang membebankan itu, rakyat biasa tidak mungkin mampu untuk mendapatkannya.


Malah, Howard turut menggesa KKM supaya segera mengikut langkah Korea Selatan, Singapura, United Kingdom, Kanada, Hong Kong, dan Itali dalam usaha melakukan ujian saringan secara besar-besaran.


The post DAP usah pertikai, beri peluang kerajaan tangani COVID-19 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.