v Dapat Eriksen percuma lagi bagus
Expired : 18.06.18

Dapat Eriksen percuma lagi bagus

MANCHESTER United dilaporkan sedia menunggu sehingga penghujung musim untuk menandatangani Christian Eriksen dengan perpindahan percuma.

Eriksen yang kontraknya tamat dalam masa enam bulan belum mencapai perjanjian baharu dan sedia mendengar tawaran daripada kelab Eropah pada jendela perpindahan Januari ini.

Dia berpeluang mencari pasukan baharu bulan depan tetapi kelab berminat dijangka tidak bersetuju dengan harga £40 juta (RM216 juta) diminta Tottenham apabila mereka tahu boleh mendapatkannya dengan percuma dalam beberapa bulan lagi.

United memantau penuh minat situasi itu dan The Telegraph melaporkan United yakin mampu mendapatkan pemain itu apabila kontraknya berakhir.

Prospek Spurs untuk mengekalkan Eriksen tampak pudar selepas pemain Denmark itu dilaporkan memberitahu Jose Mourinho bahawa dia tidak berminat terus kekal di Tottenham.

“Hanya satu perkara saya beritahu anda mengenai Christian ialah saya lebih berminat dia menandatangani kontrak baharu. Selain itu saya tidak akan beritahu anda apa-apa,” kata Mourinho minggu lalu.

“Dia sudah lama berada di sini,” kata Mourinho dalam satu lagi sidang akhbar. “Jika saya Christian, saya akan kekal.”

Eriksen turut menarik minat Juventus dan Real Madrid tetapi dia kekal berahsia pasukan mana menjadi minatnya selepas ini.