v Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor – Parlimen Cemar : Antara Wahyu VS Logik Akal
Expired : 18.06.18

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor – Parlimen Cemar : Antara Wahyu VS Logik Akal

Segala perbuatan Nabi SAW adalah melalui arahan dan bimbingan wahyu dari Allah. Suluhan wahyu mengiringi segala kerja buat Nabi. Sebab itu Allah SWT nyatakan bahawa Nabi SAW itu adalah insan maksum, tiada tindakan yang mengikut akal semata-mata melainkan melalui arahan wahyu yang diturunkan.

Menyamakan peristiwa agung Hijrah Nabi SAW dari Mekah ke Madinah sebagai pelarian adalah suatu kebiadapan. Masih ada manusia segamak itu menyamakan Nabi sedemikian. Biarlah selogik dan sehebat mana pun jawapan yang akan diberikan untuk menutupi kebiadapan itu, pastinya ianya sudah terlajak.

Kenapa masih ada manusia yang tidak ada rasa sensitif ataupun paling kurang rasa malu kepada Nabi SAW ketika bercakap sebegitu. Dewan Rakyat yang mulia dicemari oleh kenyataan yang biadap terhadap Rasulullah SAW. Tiada yang layak untuk diberikan tindakan didunia ini melainkan balasan yang sangat setimpal daripada Allah SWT.

Us Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

6 Zulhijjah 1441H | 27 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan

The post Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor – Parlimen Cemar : Antara Wahyu VS Logik Akal appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).