Expired : 18.06.18

Dato Aliff Syukri Kena Tukar Tagline Ke Terlajak Kantoi Pulak Lepas Ni

Dalam musim penularan wabak merbahaya Covid-19 buat masa ini adalah satu peluang kepada sesetengah usahawan di luar sana bagi mengambil bahagian untuk menjual apa
sahaja barang panas dan barang yang susah untuk didapati bagi mendapat keuntungan berganda. Antara barang yang trending dan sangat laku buat masa sekarang adalah
topeng muka atau face mask yang diperlukan oleh ramai pengguna diluar sana. Atas permintaan yang tinggi daripada pengguna, ramai usahawan di luar sana telah mengambil
kesempatan dalam kesempitan ini bagi menjual barang tersebut walaupun kualitinya belum dapat kelulusan dari mana-mana agensi yang berkenaan tetapi telah di dipasarkan
dan dijual kepada orang awam.



Contohnya usahawan terkenal dan tidak asing lagi iaitu Dato’ Aliff Syukri terlajak laris, walaubagaimanapun dalam strategi pemasaran live Instagram yang telah
dilakukan nya di laman Instagramnya mengundang kecaman daripada netizen yang menonton nya kerana beliau telah ketika mendemostrasikan topeng muka/face mask yang
mana ujian bahawa topeng muka itu kalis air gagal kerana apabila beliau menuangkan air kedalam topeng muka keluarannya itu dan mendapati ianya bocor dan tidak kalis
air seperti yang dikatakan oleh dia sendiri pada live instagram tersebut.



Apa yang menarik dalam live nya itu, air muka beliau telah berubah setelah kegagalan fungsi topeng mukanya itu dan beliau meletakkan topeng mukanya itu ditepi dan
terus memotong buah mangga dan makan dengan riak muka yang serba salah ketika membaca komen-komen di live instagramnya itu. Untuk video yang lebih lanjut, anda boleh
ke laman youtube dengan kata kunci “Aliff Syukri face mask” untuk anda menilainya sendiri.



Nasihat admin kepada usahawan-usahawan di luar sana supaya mengambil iktibar daripada kejadian yang telah kita lihat akan baik ataupun tidak kesimpulannya.