Expired : 18.06.18

Dato Aliff Syukri Menyelamatkan Zamani Daripada Tersingkir GV5 Dan Ini Kata Kata Aliff Syukri Kepada Zamani Sejurus Tamat GV5

SHAH ALAM: Biarpun mengetahui keadaan kesihatannya benar-benar tidak mengizinkan, Zamani tetap memberanikan diri naik ke pentas untuk membuat persembahan pada konsert kelima Gegar Vaganza 5.


Zamani yang sepatutnya menyampaikan lagu “Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta” dendangan asal Flybaits, tidak dapat meneruskan nyanyiannya ketika berada di pentas.


Namun di kala penonton tergamam melihat situasi yang janggal itu, Zamani dibantu penonton yang sama-sama menyanyikan lagu itu selain juri Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk AC Mizal.



Malah hos rancangan, Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut menemani Zamani di atas pentas.


“Zamani sebenarnya tidak sihat. Dari semalam dia hilang suara,” kata Jihan.


Dalam komen mereka, Khatijah dan AC memuji keberanian Zamani dan menyifatkan penyanyi itu seorang legenda yang mampu menghiburkan biarpun tidak mengeluarkan suara.


Datuk Ramli MS pula cuba membantu apabila meminta band mengolah susunan muzik, namun Zamani hanya mampu menyampaikan baris pertama lagu itu. SUMBER : ASTRO AWANI


Dato Aliff Syukri Menyelamatkan Zamani Daripada Tersingkir



Siapa sangka, Dato Aliff Syukri mengorbankan kuasa imuniti beliau sebaik sahaja nama Zamani dipilih sebagai salah satu peserta untuk disingkirkan.


Kata Aliff Syukri Kepada Zamani


saya dah gunakan kuasa imuniti saya hari ni…saya harap zamani buat yg terbaik utk minggu depan dan seterusnya.

.

Jom kita doakan zamani cepat sembuh dan nyanyi yg terbaik minggu depan


 



Zamani meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Dato Aliff Syukri kerana mempercayai beliau dan beliau berjanji akan berusaha lebih baik. Tahniah Zamani Slam.


Kredit: KLV


Kenapa Zamani Slam Gagal Perform Di Konsert Gegar Veganza 5 Didedahkan. Zamani Sendiri Tidak Sangka



Konsert mingguan Gegar Vaganza 2018 musim kelima (GV5) telah memasuki minggu ke-5 pada hari Ahad, 28 Oktober 2018 sambil menyaksikan 9 peserta akan membuat persembahan vokal dengan tugasan lagu masing-masing


Persembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-5 ini melibatkan 9 peserta berikutan Shafie Rio telah diumumkan tersingkir selepas mendapat markah terendah pada konsert minggu yang lalu


Masuk minggu ke 5 ini, antara peserta paling ditunggu adalah Zamani Slam. Zamani bakal menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal Fredo, Flybaits.


Tiba saat gilirannya mendendangkan lagu itu, Zamani muncul di pentas tanpa sebarang tanda beliau ada masalah kesihatan. Namun ketika dia baru hendak memulakan nyanyian, suaranya seakan hilang terus. Zamani dilihat langsung tidak dapat menyanyi.


Walupun beliau cuba untuk mengeluarkan suara namun tetap gagal. Satu dewan kemudian bangun bagi sokong terhadap Zamani menyanyi sama-sama.


Kemudian Nabil dan Jihan dilihat keluar ke pentas dan menemani Zamani yang langsung tidak dapat menyanyi waktu itu. Kesian dan sedih, itu ungkapan yang dapat dikatakan terhadap situasi itu.


Rata-rata peminat setia Zamani Slam dikatakan mengalirkan air mata melihat keadaan penyanyi pujaan mereka kaku di atas pentas dengan alunan muzik masih kedengaran.


Walaupun kurang sihat, Zamani tetap berjaya menawan hati seluruh penonton yang hadir. Menurut komen juri undangan iaitu AC Mizal, beliau bangga dengan Zamani kerana keberaniannya.


Jom lihat video di bawah.



1) respect to dtk AC,dtk cath & dtk Ramli ms…semoga zamani tidak terkeluar minggu ni..bukan dia pinta terjadi begitu.


2) smpai mngigil badan zamani td kesian nye.. smoga cepat smbuh dan tiada penyingkiran


3) Sedey gilaa… Xsedaq langsung ayaq mata jatuh sendiri.


4) Sedihnya tgk zamani. Sebak kot masa nie


Kredit: KLV


The post Dato Aliff Syukri Menyelamatkan Zamani Daripada Tersingkir GV5 Dan Ini Kata Kata Aliff Syukri Kepada Zamani Sejurus Tamat GV5 appeared first on OhGebang.


Norlida Ishak Shop