Expired : 18.06.18

Dato’ Siti Nurhaliza Berkongsi Rahsia Badan Kembali Langsing Selepas Melahirkan Anak

Penampilan terkini Datuk Seri Siti Nurhaliza yang semakin langsing selepas melahirkan puteri sulung, Siti Aafiyah Khalid, sememangnya mencuri tumpuan ramai.


Kalau dah namanya Dato’ Sri Siti Nurhaliza, apa saja yang dilakukan pasti dapat perhatian ramai. Berpeluang bertentang mata dengan ibu kepada bayi perempuan comel, Siti Aafiyah baru-baru ini, ramai rakan-rakan media yang kagum melihat penampilan terkininya. Lebih langsing dan tetap cantik sama seperti zaman anak dara dulu.Tatkala ditanya apa petua yang diamalkan hingga berjaya menurunkan berat dalam masa yang agak singkat, isteri kepada Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa ini tertawa kecil. Biarpun sudah turun berat 22 kilogram selepas melahirkan anak namun bagi Dato’ Sri Siti perjalanan untuk mencapai berat badan yang diidam-idamkan masih jauh.



Rata-rata peminat mahupun netizen memuji saiz badannya yang kelihatan semakin mengecil, hanya beberapa bulan selepas menyambut kelahiran si comel pipi merah itu.


Siti sendiri amat bersyukur apabila proses berpantang yang dilaluinya berlangsung dengan baik, apatah lagi beliau mendapat jagaan sempurna menerusi pakej penjagaan ibu dan anak oleh Natalis Mother Care.


“Sebetulnya, kalau mahu membuat ‘comeback’ dalam industri muzik dan muncul di kaca TV, saya memang perlu kurangkan sedikit lagi berat badan. Begitupun, ketika ini ramai juga yang mengatakan saya sudah kembali kurus. Saya hanya mampu memanjatkan kesyukuran. Semua ini juga adalah kerana Aafiyah dan proses berpantang yang saya lalui.“Menerusi pakej Natalis sebelum ini, makanan yang ditawarkan juga sangat sihat. Tidak ada makanan yang digoreng, sebaliknya ia lebih banyak dibakar atau dikukus. Nasi yang disediakan juga daripada beras perang. Saya pula makan dengan kuantiti yang tidak banyak.


“Selain itu, saya turut mengikuti rawatan bertunku, mandi wap dan berurut. Selain 44 hari berpantang, saya mengambil pakej jagaan mereka selama 30 hari lagi sebagai tambahan,” kata Siti.Menurut penyanyi Cinta Syurga ini, ketika mengandungkan anak perempuannya, berat badan beliau mencecah 92 kilogram (kg).


“Sekarang, berat saya adalah sekitar 70kg. Memang saya kena turunkan lagi berat badan. Jika saya dapat mengurangkan sehingga 59kg, barulah lega sikit,” katanya bersemangat.



Selain itu, Siti mendedahkan dirinya mengamalkan pengambilan jamu. Ia dimulakan beberapa hari sebelum tempoh berpantang selesai.


“Saya juga ada mengambil minuman bertenaga. Saya makan sarang burung, lobak putih dan pelbagai jenis ikan termasuk salmon.“Saya turut mengambil makanan tambahan dan jamu. Ada yang mengatakan pengambilan jamu boleh membuatkan badan kita berasa panas. Saya bagaimanapun mencubanya terlebih dulu dan setakat ini, ia sesuai dengan tubuh saya,” katanya.


Turut berkongsi rutin hariannya setelah bergelar ibu Mac lalu, jelas Dato’ Sri Siti, “Alhamdulillah, saya dah mula sesuai dengan tugas sebagai seorang ibu. Especially bila anak baru lahir. Si ibu ni memang jadi zombi untuk beberapa bulan pertama terutamanya bila perlu berjaga malam. Sebab anak saya, Aafiyah suka berjaga malam dan akan bangun dalam tiga kali. Pagi, lepas menyusu dia akan tidur.. malam dia berjaga. Itu saja yang agak memenatkan.Tapi bila tengok baby, hilang semua penat dan sakit. Aafiyah menyusu badan sepenuhnya. Bagi saya, tugas sebagai ibu itu complete. Saya boleh susukan dia, tengok dia membesar depan mata. Tinggal lagi emosi buat kita adakalanya tak sabar. Iyalah, bila dalam perut tak sabar nak tengok dia keluar, bila dah keluar pula tak sabar nak tunggu dia besar,” ujar Dato’ Sri Siti yang melancarkan butik terbarunya Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mall.


Norlida Ishak Shop