Expired : 18.06.18

Datuk Lee Chong Wei Bersara

Datuk Lee Chong Wei Bersara. Setelah 19 tahun menabur bakti kepada negara dalam sukan badminton akhirnya lagenda badminton dunia dan Malaysia Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya hari ini.


Datuk Lee Chong Wei Bersara

“Terima kasih kepada semua jurulatih, terutama jurulatih yang membawa saya naik ke tahap ini, Datuk Misbun Sidek.


Saya tidak pasti sama ada beliau ada di sini atau tidak. Ada beberapa jurulatih ada di sini, terima kasih Hendrawan dan Tey Seu Bock. Begitu juga dengan tenaga sokongan yang mengikut saya ke mana saya pergi, fisioterapi….(terus menangis dalam tempoh seminit),” katanya di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).


Selain cuba ditenangkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ada juga wartawan yang menjerit dengan sahutan ‘ayuh sang juara’.


Bagaimanapun, Chong Wei tidak dapat menyambung ucapannya dan hanya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia sebelum sidang media bersambung dengan sesi soal jawab.


Bekas pemain nombor satu dunia itu meraih pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali dan meraih kejuaraan Terbuka Malaysia 12 kali.


Tahun lalu dia disahkan menghidap kanser hidung tahap awal dan menjalani rawatan di Taiwan sebelum menyambung semula latihan selepas disahkan sembuh Januari lalu. -METRO ONLINE-


The post Datuk Lee Chong Wei Bersara appeared first on Berita Viral Terkini.


Norlida Ishak Shop