Expired : 18.06.18

Dell Memfailkan Paten Untuk Komputer Riba Dengan Dwi-Skrin Boleh-Tanggal

Syarikat teknologi sering memfailkan pelbagai paten menarik yang sekaligus memperlihatkan inovasi-inovasi yang bakal hadir pada masa akan datang. Terkini, Dell dilihat telah memfailkan paten untuk pengguna menggunakan dwi-skrin pada komputer riba.


Melalui apa yang dipatenkan, ia memperlihatkan skrin boleh ditanggalkan – dan pengguna boleh menggunakan sehingga dua skrin pada komputer riba mereka pada sesuatu masa.


Dell Dwi Skrin


Skrin berkenaan juga boleh dilaraskan untuk menghadap dan digunakan oleh pengguna sahaja – atau turut menggunakan satu ke arah pengguna, dan satu ke arah bertentangan untuk memudahkan pembentangan serta penggunaan dalam mesyuarat.


Buat masa ini, ia sekadar paten sahaja, dan tidak diketahui sama ada ia akan direalisasikan atau sebaliknya.


Bercakap mengenai komputer riba dengan dwi-skrin, sebelum ini Razer telah mempertontonkan komputer riba dengan tiga skrin – tetapi masih tidak menawarkannya secara komersil buat masa ini.


Norlida Ishak Shop