v Demi Sebuah Mukjizat Yang Agung – Isteri Tunjuk Bukti Da’i Farhan Ada Diploma Perubatan Islam?
Expired : 18.06.18

Demi Sebuah Mukjizat Yang Agung – Isteri Tunjuk Bukti Da’i Farhan Ada Diploma Perubatan Islam?

Masih hangat lagi nampaknya kontroversi Da’i Farhan dan isterinya, Dr Erin. Seakan tiada kesudahannya.

da'i farhan diploma perubatan islam

Terbaru, viral pula perkongsian Dr Erin dimana dia mengatakan suaminya itu menerima penganugerahan diploma perubatan Islam baru-baru ini.

da'i farhan diploma perubatan islamda'i farhan diploma perubatan islam

Menerusi kapsyen yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Dr Erin begitu bangga dengan diploma yang dimiliki oleh Farhan. Menyatakan perubatan Islam begitu hebat dan alternatif terbaik, mengalahkan perubatan moden.

“Pakai doktor tanpa tauliah, kini diploma ‘perubatan Islam’ pula.”

da'i farhan diploma perubatan islamda'i farhan diploma perubatan islamda'i farhan diploma perubatan islam

Perkongsian Dr Erin itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan pendakwah itu seakan-akan menunggang agama. Malah, ramai yang mempertikaikan kesahihan sijil diploma terbabit.

Tidak pasti apa yang berlaku, wanita itu kemudiannya memadam semula entri tersebut dan kemudiannya memuat naik foto dan kapsyen baharu.

da'i farhan diploma perubatan islam

Boleh kata setiap hari ada sahaja isu mengenai pasangan ini, tidak salah sebenarnya untuk mempelajari ilmu perubatan Islam, cuma ramai yang bengang apabila ada sesetengah pihak hanya ingin mengambil kesempatan dan sekaligus memburukkan agama Islam itu sendiri. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja penjelasan daripada Da’i Farhan nanti.