Expired : 18.06.18

“Depan Crush Memang Susahlah Cerita Dia,” – Berdepan Mira Filzah, Caprice Siap Cipta Hastag Sendiri!


Secara terbuka meminati dan kagumi pelakon jelita, Mira Filzah, Caprice menerusi laman Instagram dilihat membuat serangan ‘cinta’ secara halus menerusi kapsyen di setiap entri.


Luahnya, Mira satu-satunya individu yang membuatkan hatinya gementar sewaktu berada di set lokasi.


Malah, sewaktu ditegur wanita ini mengenai tandapagar #miracap, jelas penyanyi yang popular dengan lagu Takda Hal Bro, dia juga mampu membina pelamin untuk mereka berdua.





Lebih menghiburkan, single terbaru nyanyian Caprice turut dipahatkan nama Mira Filzah sebagai penyanyi bersama.



Terhibur dengan keletah lelaki yang cukup sinonim dengan aksi bersahaja ini, netizen memberikan pelbagai reaksi.




Kedua-duanya berpasangan sebagai suami isteri dalam klip single terbaru Caprice, Baby Sayang yang baru sahaja dilancarkan semalam.


Foto : Instagram Caprice


Norlida Ishak Shop