Expired : 18.06.18

Deposti TH ‘hilang’ RM4 bilion, dakwa akhbar Singapura

BANGI, 24 Rabiulawal 1440H, Ahad – Dana Tabung Haji (TH) yang sepatutnya mempunyai sejumlah aset bernilai RM64 bilion, didapati kurang RM4 bilion deposit pada 2016, lapor The Suday Times yang memetik sumber kerajaan Pakatan Harapan (PH), hari ini.


The Sunday Times akhbar mingguan The Straits Times Singapura melaporkan TH mempunyai sembilan juta pendeposit, tetapi masih menunjukkan audit akaun 2017, susulan perubahan dalam anggota lembaga pengarah dan pengurusan kanannya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.


Sumber memberitahu akhbar berkenaan bahawa pengurusan TH memalsukan akaun tahun lalu untuk mewajarkan pembayaran dividen sehingga 6.25 peratus sebelum pilihan raya 9 Mei, yang keseluruhannya berjumlah RM2.7 bilion.


Pendedahan hari ini membuka lagi ruang skandal dalam TH selepas agensi yang menyimpan wang umat Islam yang hendak mengerjakan haji itu membuat laporan polis terhadap bekas pengerusi dan beberapa pegawai kanannya berhubung kes membabitkan RM22 juta dalam Yayasan Tabung Haji (YTH).


Jumaat lalu, TH membuat laporan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial membabitkan bekas pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail; dan Datuk Seri Johan Abdullah.


Th turut membuat laporan terhadap Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi); dan Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan); Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang); dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah).


Laporan pertama membabitkan program YTH pada 2017, di mana dana berjumlah lebih RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik. Ini bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH.


Pemegang amanah YTH pada masa itu ialah Abdul Azeez; Ismee; Johan; Adi; dan Rozaida.


YTH ditubuhkan pada 2016 untuk melaksanakan antara lain, bantuan kemanusiaan dan untuk menyumbang kepada yang kurang mampu, golongan miskin dan yang memerlukan. TH menyumbang RM7 juta kepada program itu.


Laporan kedua terhadap Ismee, Hazlina dan Rifina berhubung salah nyataan dan pemotongan maklumat penting membabitkan jualan 95 peratus saham PT TH Indo Plantations pada 2012 yang dipegang oleh dua anak syarikatnya iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$ 910 juta.


PT TH Indo Plantations memiliki ladang kelapa sawit seluas 83,000 hektar di Indonesia.


The post Deposti TH ‘hilang’ RM4 bilion, dakwa akhbar Singapura appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop