Expired : 18.06.18

Dewan Muslimat PAS Terus Bermunajat

Dewan Muslimat PAS Terus Bermunajat


Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) di bawah pimpinan ketuanya YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh hari ini meneruskan aktiviti Gelombang Munajat Akifi yang kini telah memasuki Musim ke-14.


Ketua Penerangan DMPM, Dr Najihatussolehah berkata, visi DMPM adalah untuk membina Amilin dan Kepimpinan A’KIFI (Alim,Haraki dan Sufi) tidak terhenti hanya di kertas kerja tetapi dibuktikan dengan tindakan yang komprehensif dan berterusan.


Katanya, sistem pentarbiyahan yang ada mesti diteruskan dan dilaksanakan mengikut manhaj-manhaj yang telah disusun.


“Hasil pentarbiyahan yang kemas diikuti dengan pergantungan sepenuhnya kepada Allah swt diharapkan dapat mengundang kemenangan yang kita inginkan bila tiba masanya nanti.


“Munajat musim ke-14 dimulakan dengan negeri Perak dan DMPN Perak telah memilih Dewan Muslimat PAS Kawasan Grik sebagai tuan rumah.


“Adalah diharapkan Munajat AKIFI kali ini benar -benar dapat memberi manfaat kepada pimpinan dan ahli muslimat di kawasan berkenaan,” katanya.



Munajat AKIFI itu turut dihadiri oleh Muslimat dari Kawasan Padang Rengas, Taiping dan Bagan Serai. Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Ustazah Hajah Rohaya Abu Bakar dan beberapa pimpinan DMPN Perak serta Ketua DMP Kawasan Grik Puan Siti Esah turut menyambut kehadiran kedatangan pimpinan DMPM .


Selain itu, pimpinan tertinggi DMPM yang hadir ke Grik adalah Ketua Muslimat YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Dr Halimah Ali, Puan Nor Hafizah Fadzil dan Puan Khadijah Mahmud.


The post Dewan Muslimat PAS Terus Bermunajat appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop