Expired : 18.06.18

Dewan Pemuda Dan Dewan Muslimat Berganding Bahu Edar Sumbangan

Dewan Pemuda Dan Dewan Muslimat Berganding Bahu Edar Sumbangan


Oleh HEDZER IBRAHIM


TITIWANGSA, 30 April – Bertempat di Darul Ummah jam 10.00 pagi, para petugas terdiri daripada Pemuda dan Muslimat PAS Titiwangsa pada hari ini telah membuat pembungksan semula topeng-topeng muka (face-mask) yang berjumlah 2000 keping kepada sebanyak 5 keping setiap bungkusan untuk diedarkan ke setiap zon iaitu Zon Keramat, Zon Kampung Baru dan Zon Pandan. Face mask adalah sumbangan daripada YB Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.


Sementara itu sebahagian lagi petugas sibuk menyiapkan bungkusan barangan sumbangan untuk diagihkan pada sebelah petang.


Di sebelah petang bermula jam 2.30 petang, seramai 30 orang telah disantuni oleh Ketua Muslimat, Sharifah Rashida dan Timbalan Ketua Muslimat, Aishah Abdul Wahab.


PAS Titiwangsa kali ini bekerjasama dengan Azharcare, sebuah NGO kebajikan yang menyumbang sebahagian daripada barangan makanan. Selain daripada itu, Sukarelawan Zon Pandan pula telah menerima 20 kampit beras daripada Fairuz Yusuf.


Dengan adanya infaq kewangan dan barangan, ini memungkinkan usaha-usaha kebajikan dapat diteruskan.


Semua penerima sumbangan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada usaha yang dilakukan secara terus menerus. Mereka berharap PAS tetap menjadi pilihan rakyat. “PAS menang atau kalah Pilihanraya, PAS tidak pernah rasa kecewa dan tetap membantu rakyat,” kata salah seorang penerima sumbangan.


Para petugas pula merasa puas dengan gerak kerja hari ini walaupun terpaksa menjaga dan mengikut SOP yang ditetapkan.


Justeru itu, PAS Kawasan Titiwangsa merayu kepada warga Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang kerana pembelian barang-barang keperluan dapur masih diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan (PKPD), lebih-lebih lagi untuk sepanjang Ramadan ini.


Misi sepanjang Ramadan ini juga lebih menarik. Pasukan Prihatin PAS Zon Pandan berharap dapat meneruskan bantuan mengedarkan kurma dan bubur lambuk kepada orang ramai. Misi ini pasti akan berjaya dengan bantuan dan sumbangan orang ramai.


Sumbangan boleh disalurkan ke akaun,


Maybank : 5640-9850-4101

(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA)


serta hubungi AJK kami untuk maklumat lanjut :


1) Cikgu Yusoop (011-13373066)

2) En. Hedzer (019-2708639)


Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.


#AhlanYaRamadan

#stayathome

#StaySafe

#stayhome

#malaysia

#DudukRumah

#Covid_19

#kitajagakita

#PKP

#pastitiwangsa



The post Dewan Pemuda Dan Dewan Muslimat Berganding Bahu Edar Sumbangan appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).